Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2008

Lokasi FAF dari Satelit

Saje saya search di enjin carian yahoo pasal FAF dan terjumpalah benda ni. Mungkin leh jadi panduan bagi bakal peserta kursus atau sesiapa sahaja yang ingin datang melawat ke FAF. Sila klik pada link di bawah. Pada yang membuatnya saya ucapkan jutaan terima kasih. PETA

Mengharungi Cabaran Usahawantani Cendawan - Tips dan Panduan

Sudah lama tidak menulis sesuatu yang berkaitan secara langsung dengan kehidupan seorang penanam cendawan. Lagi-lagilah apabila kita membuat keputusan untuk bergiat secara sepenuh masa di dalam bidang ini. Ini adalah dunia PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN . Banyak perkara yang kita perlu fikirkan. Sebelum saya menceburkan diri di dalam bidang ini, saya tidak pernah terfikir akan melalui jalan yang sukar seperti ini. Lagi-lagi saya adalah graduan bidang kimia jauh perkaitannya dengan bidang pertanian. Langsung tiada pengalaman selain menolong ayah di kebun sewaktu kecil-kecil dulu. Walau pernah juga membaca cerita-cerita orang lain. Namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan projek ini. Tetapi pelbagai ranjau yang perlu ditempuhi sebenarnya. Apatah lagi saya adalah SEORANG WANITA BUJANG (bukan niat mempromosikan diri k. hehehe) menguruskan projek ini bersendirian untuk 10 bulan yang pertama (bernasib baik mempunyai ramai sahabat-sahabat yang baik dan banyak membantu), menjalank

Coretan Kursus Ke- 10

Kursus anjuran FAF kali ke -10 telah selamat diadakan pada 14 Jun yang lepas. Ia disertai oleh 5 orang peserta berlainan latar belakang. Banyak juga perkara menarik pada kursus kali ini. Satu kerana ia disertai oleh seorang sahaja kaum wanita iaitu Cik Joanne yang berketurunan cina, manakala selebihnya ada 4 orang lelaki yang 3 darinya adalah berasal dari negeri Johor. Termasuk Joanne sendiri juga orang Johor. Tapi tak silap, peserta yang bernama Firdaus ni kampungnya kat Johor juga walau dia orang KL. Lagi satu yang menarik adalah, kursus ini jatuh pada hari lahir seorang peserta iaitu En Azrul yang datang dari Muar, Johor. Memang agak menariklah sebab tarikh suntik beg adalah pada tarikh lahir beliau, manakala tarikh buka beg pula yang pasti jatuh pada tarikh 2 blan selepas itu jatuh pada hari lahir seorang staf FAF iaitu Cik Fyda. Walau peserta kali ini agak sedikit, tapi ia memang menyeronokkan. Terima kasih pada semua yang hadir pada kursus kali ini. En Azrul, Joanne, Mohaini, Fir

KURSUS TERKINI

UNTUK KURSUS-KURSUS DI TEMPAT LAIN, SILA RUJUK BAHAGIAN KURSUS

Penghantaran Beg Media Ke Terengganu

Alhamdulillah penghantaran 5,000 beg media cendawan ke Terengganu telah selesai 2 hari lepas iaitu pada 5 Jun 2008. Ia telah selamat di hantar kepada Cik Norashidah Abdul Rahim yang juga merupakan penyewa bangsal cendawan dan rumah kedai milik ayah saya di Kg Binjai Bongkok, Marang, Terengganu. Ia dilakukan dengan kerjasama Fatisha Agro Farm dan Nostra Mushroom yang berlokasi di Lenggeng, Negeri Sembilan. Semoga perusahaan cendawan yang beliau usahakan akan menemui kejayaan. Syukurlah kerana bangsal cendawan yang telah ayah saya bina digunakan juga akhirnya. Ayah pun dah banyak kali suruh saya balik mengusahakan cendawan kat kampung. Tapi dah saya memilih untuk kekal di sini buat masa sekarang, jadi menyewa adalah satu cara untuk mengelakkan pembaziran. Ramai juga yang bertanya dan berminat untuk menyewanya, tetapi Cik Shidah ni yang paling bersungguh-sungguh dan tidak memikirkan terlalu lama sebelum membuat keputusan menyewanya. Cik Shidah juga beruntung kerana sebahagian beg-beg yang

Kenaikan Harga Minyak

Petang tadi saya menerima sms dari staf FAF yang baru sahaja balik ke kampung bercuti. Katanya tengok berita malam ni. Ada penstrukturan baru harga minyak dan bagus katanya sebab saya tempah kereta savvy (Savvy kan jimat minyak). Selepas tu seorang peserta kursus saya sms, katanya minyak naik 78 sen bermula jam 12 malam ni. Masa tu saya baru je sampai stesyen minyak petronas berhampiran rumah. Niat sebenarnya untuk terus balik ke rumah. Tetapi saya terkejut melihat stesyen minyak sesak macam stesyen minyak shell yang dekat pasar malam bila tiba hari pasar malam, jadi saya singgah terus ke sana. Kebetulan nak ke ATM. Teringat mesej staf saya tadi. Rupanya orang beratur nak isi minyak. Sampai kat tepi jalan pun berderet-deret kereta. Kebetulan saya masa tu bawak motor sahaja. Dan dalam bakul motor ada bekas isi air 5 liter yang saya bawak balik ke rumah untuk buat EM malam ni. Urgent esok dah nak hantar ke Terengganu. Ramai je yang jeling-jeling saya. Ingat saya nak isi minyak la tu. heh

Coretan Kursus Ke-9 - KURSUS KELUARGA

Sudah agak lama saya tidak membuat coretan mengenai kursus yang FAF anjurkan. Selepas kursus terakhir pada 26-27 April, kursus pada 31 Mei lepas adalah kursus yang terkini FAF anjurkan. Hampir sebulan kami bercuti bagi menguruskan bangsal. Kursus terakhir kami pada bulan April agak menarik kerana disertai oleh peserta dari Malaysia Timur iaitu dari Sarawak. Ini adalah peserta kursus yang paling jauh pernah FAF terima selain dari Kedah dan Johor. Coretan akan saya letakkan di sini jika ada kesempatan. Untuk kursus pada 31 Mei lepas, FAF menerima 14 orang peserta. Kami namakannya sebagai Kursus Keluarga kerana ada perkara menarik mengenai peserta kali ini. Ini adalah kerana peserta kali ini datang secara berpasangan yang mempunyai talian suadara. Kami menerima dua pasangan anak beranak iaitu seorang bapa bersama anak perempuannya. Juga seorang ibu dan bersama anak perempuannya, dua pasangan adik-beradik yang kedua-duanya lelaki. Selain itu kami juga menerima seorang peserta jauh dari Te