Powered By

Sila "bookmark" blog ini menggunakan Social Bookmark kegemaran anda:

Powered by Blogger

Tuesday, June 3, 2008

Coretan Kursus Ke-9 - KURSUS KELUARGA

Sudah agak lama saya tidak membuat coretan mengenai kursus yang FAF anjurkan. Selepas kursus terakhir pada 26-27 April, kursus pada 31 Mei lepas adalah kursus yang terkini FAF anjurkan. Hampir sebulan kami bercuti bagi menguruskan bangsal. Kursus terakhir kami pada bulan April agak menarik kerana disertai oleh peserta dari Malaysia Timur iaitu dari Sarawak. Ini adalah peserta kursus yang paling jauh pernah FAF terima selain dari Kedah dan Johor. Coretan akan saya letakkan di sini jika ada kesempatan.

Untuk kursus pada 31 Mei lepas, FAF menerima 14 orang peserta. Kami namakannya sebagai Kursus Keluarga kerana ada perkara menarik mengenai peserta kali ini. Ini adalah kerana peserta kali ini datang secara berpasangan yang mempunyai talian suadara. Kami menerima dua pasangan anak beranak iaitu seorang bapa bersama anak perempuannya. Juga seorang ibu dan bersama anak perempuannya, dua pasangan adik-beradik yang kedua-duanya lelaki. Selain itu kami juga menerima seorang peserta jauh dari Terengganu iaitu penyewa bangsal dan lot kedai milik ayah saya di kampung. Saya pun baru tahu yang rupa-rupanya beliau sudah pun membayar deposit sewa tersebut. Operasi di Terengganu bakal dijalankan tidak lama lagi kerana beliau sudah pun menempah 5000 beg media untuk kegunaan projek di sana. Jadi berita gembira untuk rakyat Terengganu, kemungkinan untuk kursus anjuran FAF dijalankan di sana dengan kerjasama penyewa bangsal tersebut adalah semakin cerah. FAF akan cuba menganjurkannya pada masa yang terdekat.

Kursus akan datang adalah pada 14 Jun ini. Sila daftarkan diri anda secepat yang mungkin. Masih terdapat kekosongan tempat.

Sedikit gambar untuk tatapan pembaca.

Sesi teori...

Photobucket


Proses buat beg....

Photobucket

Penyewa bangsal cendawan dan rumah kedai milik ayah saya di Terengganu... Cik Norasyidah...

Photobucket

Masa untuk kukusan...

Photobucket

Peserta yang terlibat...

Photobucket

2 comments:

Anonymous said...

saya x pernah nampak pun group saya dalam blog faf ni. saya tunggu2 jugak. balik2 group org lain jer. dah sampai keluar hasil dah cendawan saya masih x nampak2 lg. jgn lah lupa peserta2 yang lama. panduan peserta sebelum pilihanraya.

fatisha said...

hai anony... nanti rujuk entry bulan mac... maaf sebab lambat update... kdg2 tu bz sampai terlupa...