Skip to main content

Coretan Kursus Ke- 10

Kursus anjuran FAF kali ke -10 telah selamat diadakan pada 14 Jun yang lepas. Ia disertai oleh 5 orang peserta berlainan latar belakang. Banyak juga perkara menarik pada kursus kali ini. Satu kerana ia disertai oleh seorang sahaja kaum wanita iaitu Cik Joanne yang berketurunan cina, manakala selebihnya ada 4 orang lelaki yang 3 darinya adalah berasal dari negeri Johor. Termasuk Joanne sendiri juga orang Johor. Tapi tak silap, peserta yang bernama Firdaus ni kampungnya kat Johor juga walau dia orang KL. Lagi satu yang menarik adalah, kursus ini jatuh pada hari lahir seorang peserta iaitu En Azrul yang datang dari Muar, Johor. Memang agak menariklah sebab tarikh suntik beg adalah pada tarikh lahir beliau, manakala tarikh buka beg pula yang pasti jatuh pada tarikh 2 blan selepas itu jatuh pada hari lahir seorang staf FAF iaitu Cik Fyda. Walau peserta kali ini agak sedikit, tapi ia memang menyeronokkan.

Terima kasih pada semua yang hadir pada kursus kali ini. En Azrul, Joanne, Mohaini, Firdaus dan peserta veteran En Mohamed. Saya agak terkilan kerana terlupa mengambil gambar beramai-ramai. Tapi ada sedikit koleksi gambar yang ingin saya kongsi bersama. Semoga kalian semua berjaya menjalankan projek masing-masing selepas ini.

Selamat Berjaya Pada Semua!!!


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Comments

Anonymous said…
eppy belated besdy 2 en azrul!!
Sikunang manja said…
Pembekal pelbagai jenis produk laut/air tawar di perlukan
________________________________________
KAMI MENCARI PEMBEKAL UNTUK PRODUK :
1) LAUT
2) AIR TAWAR

“ DALAM KUANTITI YANG BANYAK UNTUK SETIAP BULAN”
(Sekurang-kurangnya 10 Ribu Kilo setiap Bulan)

Jika anda adalah pengusaha / pemborong produk seperti :
1. Udang kering
2. Kulit Udang
3. Ikan Bilis
4. Udang
5. Ketam
6. Gamat
7. Ikan Kering
8. Pelbagai Jenis Ikan Laut dan Air Tawar
9. Dan Produk Lain Yang Berkaitan,Sila hubungi kami :

Tuan Hj Azman Saad: emailkan ke ssazman9@yahoo.com.my
atau ikhlasfg74716@gmail.com

Popular posts from this blog

KOS YANG TERLIBAT DALAM MENGHASILKAN 7000 BEG CENDAWAN

Mengapa saya memilih 7000 beg cendawan bagi mengira kos? Bukan 100.. bukan 500.. bukan 1000 dan juga bukan 5000?
Ia adalah kerana bagi menghasilkan 7000 beg cendawan, kita memerlukan 1 lori habuk kayu getah dari sebuah lori dengan muatan 3 tan. Bukan 3 tan habuk, tetapi lori 6 tayar dengan BTM adalah 3000 kg. Muatan habuk kayu bagi sebuah lori 3 tan hanya kira-kira 2000 kg sahaja.
Kos yang terlibat adalah seperti berikut  (harga bergantung lokasi) :
1. Habuk kayu getah (1 lori)                            : RM500.00 2. Dedak padi halus ( 200 kg)                          : RM240.00 3. Kapur pertanian  ( 1 guni)                            : RM30.00 4. Air                                                                 : RM10.00 5. VITAL (vitamin untuk cendawan 2 kotak)  : RM120.00 6. Plastik PP saiz 6'x11' (1.5 guni)                    : RM400.00 7. Set Penutup (7000 set)                                  : RM1400.00 8. Gas (12 tong gas)                                          : …

Kursus Intensif Tanaman Cendawan Tiram Kelabu Anjuran Fatisha Agro Farm

Tahukah anda, tanaman cendawan adalah antara salah satu jenis sayur yang boleh dikomersialkan walau hanya sekadar diusahakan di kawasan rumah anda? Inilah peluang untuk anda menambah pendapatan.

 Setelah hampir 8 tahun berpindah ke Terengganu, kini Fatisha Agro Farm akan memulakan semula kursus cendawan secara intensif di Rantau Negeri Sembilan. Kursus akan dijalankan seperti di bawah.




Tarikh Pilihan: 8 Julai/ 15 Julai/ 22 Julai/ 29 Julai 2017

Tempat: AgroYin Mushroom Farm, Rantau, Negeri Sembilan

Yuran Penyertaan: RM300

Masa: 10 am - 5 pm

Sijil, beg @ bongkah cendawan, nota kursus dan makan tengahari disediakan.

Apa anda akan pelajari melalui kursus ini:

1. Cara membuat beg cendawan dari A - Z
2. Mengukus beg cendawan dengan menggunakan SOP yang betul.
3. Menyuntik benih.
4. Menjaga/menguruskan beg cendawan sewaktu proses penuaian hasil.
5. Merekod dan mengira purata hasil.

Whatsapp "KURSUS RANTAU" ke 0126221149

Whatsapp "KURSUS RANTAU" ke 0126221149

Whatsapp &q…

Penghantaran Beg/ Bongkah Cendawan Ke Seluruh Malaysia

Ramai yang menghubungi kami melalui telefon samada call atau mesej dan whatsap yang berminat mendapatkan beg cendawan dari kami. Walaupun lokasi kami nun jauh di Dungun Terengganu, pihak kami membekalkan beg ke seluruh Malaysia. Termasuk ke Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

Jika anda berminat untuk menjadi pengusaha cendawan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan, sila hubungi kami untu dapatkan harga terbaik. Kami bersedia membekal beg cendawan berkualiti dengan jaminan. 
Kami membekalkan 3 jenis cendawan iaitu: 1. Tiram Kelabu 2. Melati 3. Kukur/ Kulat Sisir