Powered By

Sila "bookmark" blog ini menggunakan Social Bookmark kegemaran anda:

Powered by Blogger

Friday, June 6, 2008

Penghantaran Beg Media Ke Terengganu

Alhamdulillah penghantaran 5,000 beg media cendawan ke Terengganu telah selesai 2 hari lepas iaitu pada 5 Jun 2008. Ia telah selamat di hantar kepada Cik Norashidah Abdul Rahim yang juga merupakan penyewa bangsal cendawan dan rumah kedai milik ayah saya di Kg Binjai Bongkok, Marang, Terengganu. Ia dilakukan dengan kerjasama Fatisha Agro Farm dan Nostra Mushroom yang berlokasi di Lenggeng, Negeri Sembilan.

Semoga perusahaan cendawan yang beliau usahakan akan menemui kejayaan. Syukurlah kerana bangsal cendawan yang telah ayah saya bina digunakan juga akhirnya. Ayah pun dah banyak kali suruh saya balik mengusahakan cendawan kat kampung. Tapi dah saya memilih untuk kekal di sini buat masa sekarang, jadi menyewa adalah satu cara untuk mengelakkan pembaziran. Ramai juga yang bertanya dan berminat untuk menyewanya, tetapi Cik Shidah ni yang paling bersungguh-sungguh dan tidak memikirkan terlalu lama sebelum membuat keputusan menyewanya. Cik Shidah juga beruntung kerana sebahagian beg-beg yang telah dijual adalah beg matang dan kebanyakannya sudah penuh setengah dan hampir setengah. Hanya sdikit sahaja beg yang baru berusia 2 minggu. Jadi beliau tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapat hasil.


InsyaAllah saya akan mengadakan perbincangan lanjut bersama beliau bagi menganjurkan kursus cendawan di sana. Terima kasih juga kepada Nostra Mushroom di atas kerjasama yang diberi. Dan kepada sesiapa yang memerlukan beg media boleh hubungi pihak kami untuk sebarang tempahan.


Photobucket

Photobucket


Photobucket



Photobucket

1 comment:

ilovebudu said...

u punya transpport sendiri kanie?