Powered By

Sila "bookmark" blog ini menggunakan Social Bookmark kegemaran anda:

Powered by Blogger

Monday, July 28, 2008

CATATAN DI SEMINAR SISWAZAH TANI NASIONAL 2008

Pada 26 Julai 2008 yang lepas, telah berlangsungnya Seminar Siswazah Tani Nasional anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Ia telah disertai lebih 700 peserta yang terdiri daripada pelajar IPT seluruh Malaysia dan juga siswazah yang telah pun menamatkan pengajian. Penglibatan FAF di dalam seminar ini adalah di mana saya telah dijemput untuk menjadi salah seorang panel di dalam forum bagi Slot Perkongsian Pengalaman. Ini adalah pengalaman pertama saya berucap di depan lebih 700 orang peserta. Agak gementar juga lah. Semoga apa yang telah saya kongsi di sana dapat memberi inspirasi kepada mereka semua untuk melibatkan diri dalam bidang pertanian.

Satu resolusi telah selamat dirangka dan telah diserahkan kepada Dato' Mustapha Mohammed selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Apa yang dapat saya lihat, resolusi ini akan bakal mencetus satu era di mana graduan akan mule memasuki bidang ini apabila pihak kerajaan pertimbangkannya. Semoga moto Pertanian Adalah Perniagaan memberi inspirasi kepada para peserta untuk terus melibatkan diri dalam bidang pertanian yang dulu adalah suatu bidang yang paling terkebelakang. Namun tidak lagi kini kerana PERTANIAN bakal setanding dengan bidang-bidang lain juga suatu hari nanti. Yang paling utama, kefahaman yang jelas perlu diperolehi oleh semua orang agar mereka dapa melihat peluang yang sentiasa terbuka dan luas di dalam bidang ini.

Selamat Berjaya buat semua pelajar ipt dan siswazah yang terlibat. Semoga anda semua bakal menjadi seorang Siswazah Tani yang berjaya... insyaAllah...

booth FAF...

Photobucket

saya di dalam forum...

Photobucket

FAF la ni...

Photobucket

Peserta seminar berkunjung ke booth FAF...

Photobucket


Kunjungan dari Y.B Dato' Mustapha Mohammed...
Photobucket

CATATAN KURSUS

KURSUS PADA 27 JULAI 2008

Kursus kami ini selamat disertai oleh 12 orang peserta di mana seoang dari peserta adalah berketurunan cina yang datang jauh dari Negeri Sembilan. Segalanya berjalan dengan lancar dan amat seronok kerana kehadiran seorang peserta yang amat-amat kelakar dan juga becok bercakap yang membuatkan keadaan menjadi lebih ceria iaitu Datin Siti Ramlah Bt Md Noor. Datin memang kelakar lah... Nanti dah start projek jangan lupa jemput pihak kami ke sana.

Terima kasih pihak kami ucapkan kepada semua peserta yang terlibat. Semoga kalian berjaya menjalankan projek masing-masing.


Peserta Kursus pada 27 Julai 2008

Photobucket



KURSUS DI KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

Pengalaman berkursus jauh dari Selangor merupakan pengalaman baru buat kami di FAF. Apabila mendapat jemputan untuk kursus ini, FAF tidak melepaskan peluang kerana kamki ingin mengutip sebanyak mungkin pengalaman menganjurkan kursus di tempat yang jauh. Kursus anjuran KKPG ini adalah kerjasama antara pihak Cemerlang Tani Sdn Bhd dan juga Fatisha Agro Farm sebagai tenaga pengajar. Selain itu FAF juga telah menjemput 3 orang pengusaha di Johor sendiri bagi membantu perjalanan kursus yang kan bertindak sebagai fasilitator iaitu En Sailfulam atau Am iaitu Pengurus Sailfulam Agrofarm, En Taapor dari Batu Pahat dan juga Cik Liyana iaitu pemilik Cemerlang Tani Sdn Bhd. Perjalanan dari Kajang ke Pasir Gudang mengambil masa hampir 6 jam. Kami menaiki van ke sana. Yang mengikuti dari sini adalah pengurus iaitu yang sedang menulis ni, Rusila bersama staf iaitu Cik Fyda dan juga Cik Anga.

Kami menginap di TS Hotel yang hanya besebelahan dengan Kolej Komuniti Pasir Gudang. Kursus yang dibuka kepada 50 orang peserta ini telah dihadiri oleh 26 orang peserta yang kebanyakannya adalah datang dari kawasan Pasir Gudang sendiri. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Cuma satu lagi perkara yang kami lupa adalah mengambil gambar kenangan beramai-ramai bersama peserta. Syukurlah masih ada gambar-gambar lain sebagai kenangan di sana.

Ribuan terima kasih pihak kami ucapkan terutamanya kepada Puan Hamidah sebagai wakil Kolej Komuniti Pasir Gudang yang memberikan kepercayaan kepada kami dan juga Cik Liyana dari Cemerlang Tani Sdn Bhd yang berkolaborasi bersama FAF bagi menjayakan perjalanan kursus ini. Tidak lupa buat Am dan Taapor, eerima kasih berbanyak kami ucapkan kepada semua.

Van ni la saya drive sendiri ke Pasir Gudang...

Photobucket

Sampai dah..kul 5 pm.. 6 jam... letih....

Photobucket

Hotel tempat kami menginap...

Photobucket

Barang-barang ngajar...

Photobucket

Kelas pun bermula... dewan besar juga...

Photobucket

Sesi praktikal...semuanya bersungguh2...

Photobucket

Masa kukusan....

Photobucket

Nak dijadikan cerita.... terjumpa kawan lama masa matrik dulu...dah berbadan dua... Si Oya ni pensyarah di Kolej ni...

Photobucket

Ni semua kakitangan yang terlibat.. termasuk 2 orang peserta yang belum balik... nak buat macam mana sampai leh lupa amik gambar beramai2 bersama peserta....

Photobucket

Masa untuk pulang....

Photobucket





KURSUS PADA 13 JULAI 2008

Kursus penanaman cendawan pada tarikh ini telah berjalan dengan jayanya dan ianya disertai oleh 3 orang peserta daripada hampir 10 orang yang telah mendaftar. Jumlah peserta yang sedikit memberi lebih kefahaman kepada peserta dan perjalanan kursus juga berjalan dengan cepat. Yang penting, semuanya telah difahami dan selamat dipelajari. Selamat berjaya buat para peserta semua.


Photobucket

Sunday, July 27, 2008

KURSUS BULAN JULAI & OGOS

KURSUS ANJURAN FAF PADA BULAN JULAI ADALAH PADA 13 DAN 27 JULAI DAN PADA BULAN OGOS ADALAH 9 DAN 23 OGOS... UNTUK MENDAFTAR, SILA SMSKAN ALAMAT EMEL ANDA KE NO TELEFON 0176624083 ATAU 0196416251... HARAP MAKLUM....


Photobucket


KURSUS DI NEGERI PERAK

Photobucket

KURSUS DI PANTAI TIMUR

Photobucket

Tuesday, July 15, 2008

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN ANJURAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG, JOHOR

Buat semua warga Johor yang berminat untuk memulakan projek cendawan ataupun memerlukan info mengenai cendawan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Johor akan mengadakan kursus penanaman cendawan pada 20hb Julai ini. Maklumat adalah seperti di bawah.

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU
TARIKH: 20 JULAI 2008
MASA: 8.30 AM - 5.30 PM
TEMPAT: KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG, JOHOR.
YURAN PENYERTAAN: RM40 sahaja

HUBUNGI: PUAN HAMIDAH hp: 0127140605 ofc: 072526367

Seminar Siswazah Tani Nasional 2008

Berikut adalah maklumat Program

Seminar Siswazah Tani Nasional 2008
26 Julai 2008, Sabtu, Auditorium MOA,Wisma Tani, Presint 4 Putrajaya.
7.30 pagi - Pendaftaran
6.00 petang - Dijangka tamat

Pameran/Jualan dibuka sepanjang seminar berlangsung
- Terbuka & PERCUMA
- 9 syarikat sahaja dibenarkan - keutamaan kepada Siswazah Tani
- Tapak dan point elektrik sahaja disediakan
- meja, partisyen, dll kelengkapan hendaklah disediakan oleh pihak syarikat masing-masing

Penglibatan Peserta
- 450 orang : Mahasiswa/i Tahun Akhir yang minat bidang pertanian daripada IPTA
- 150 orang : Walk In - Siswazah Tani/Graduan baru Universiti yang berminat untuk menceburi bidang pertanian

yang berminat, sila dapatkan senarai nama, no. K/P, IPTA/IPTS, no. h/p
- sila emelkan senarai kepada zulfadli@uthm.edu.my

Thursday, July 10, 2008

BEG MEDIA MATANG UNTUK DIJUAL

KAMI MEMPUNYAI LEBIH KURANG 300 BEG MEDIA MATANG UNTUK DIJUAL. HARGA RM1.70. SILA HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT. SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!!!

Wednesday, July 9, 2008

Terima Kasih Daun Keladi

Photobucket

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Saudari Nor Fazilina Bt Leela Nasuruddin pelajar jurusan Pengajian Perniagaan dari UiTM Merbok, Kedah yang menjalankan praktikal di FAF selama 1 bulan bermula 1 Jun hingga 30 Jun atas dedikasi yang beliau tunjukkan. Beliau yang menjalankan praktikal di FAF sebagai memenuhi syarat kursus yang beliau ambil di sana iaitu Latihan Keusahawanan Siswazah (LKS) di bawah anjuran MEDEC. Semoga segala yang telah dipelajari di sini dapat dimanfaatkan. Selamat Berjaya!!!

Kursus Bersama Kolej Komuniti Kuala Langat

Pada 29 Jun yang lalu, kursus anjuran Kolej Komuniti Kuala Langat telah berlangsung dengan jayanya di Fatisha Agro Farm. Ia disetai oleh 24 orang peserta diiringi 4 orang pegawai kolej. Kursus bermula lebih kurang 9.30 pagi memandang jarak KKKLA yang agak jauh di Banting.



Suasana kursus agak menceriakan kerana kehadiran 2 peserta cilik yang merupakan anak kepada pegawai kolej. Mereka turut mengambil bahagian dan bersama-sama terlibat semasa proses bagging dijalankan. Kursus ini merupakan kursus fasa 1 dan sambungannya iaitu kursus fasa 2 akan dijalankan pada bulan hadapan.



Semoga segala ilmu yang telah dikongsi bersama disini dapat dimanfaatkan bersama. Jumpa lagi pada kursus yang akan datang. Selamat berjaya untuk semua.


Photobucket


Gambar-gambar akan saya masukkan nanti....