Skip to main content

CATATAN KURSUS

KURSUS PADA 27 JULAI 2008

Kursus kami ini selamat disertai oleh 12 orang peserta di mana seoang dari peserta adalah berketurunan cina yang datang jauh dari Negeri Sembilan. Segalanya berjalan dengan lancar dan amat seronok kerana kehadiran seorang peserta yang amat-amat kelakar dan juga becok bercakap yang membuatkan keadaan menjadi lebih ceria iaitu Datin Siti Ramlah Bt Md Noor. Datin memang kelakar lah... Nanti dah start projek jangan lupa jemput pihak kami ke sana.

Terima kasih pihak kami ucapkan kepada semua peserta yang terlibat. Semoga kalian berjaya menjalankan projek masing-masing.


Peserta Kursus pada 27 Julai 2008

Photobucket



KURSUS DI KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

Pengalaman berkursus jauh dari Selangor merupakan pengalaman baru buat kami di FAF. Apabila mendapat jemputan untuk kursus ini, FAF tidak melepaskan peluang kerana kamki ingin mengutip sebanyak mungkin pengalaman menganjurkan kursus di tempat yang jauh. Kursus anjuran KKPG ini adalah kerjasama antara pihak Cemerlang Tani Sdn Bhd dan juga Fatisha Agro Farm sebagai tenaga pengajar. Selain itu FAF juga telah menjemput 3 orang pengusaha di Johor sendiri bagi membantu perjalanan kursus yang kan bertindak sebagai fasilitator iaitu En Sailfulam atau Am iaitu Pengurus Sailfulam Agrofarm, En Taapor dari Batu Pahat dan juga Cik Liyana iaitu pemilik Cemerlang Tani Sdn Bhd. Perjalanan dari Kajang ke Pasir Gudang mengambil masa hampir 6 jam. Kami menaiki van ke sana. Yang mengikuti dari sini adalah pengurus iaitu yang sedang menulis ni, Rusila bersama staf iaitu Cik Fyda dan juga Cik Anga.

Kami menginap di TS Hotel yang hanya besebelahan dengan Kolej Komuniti Pasir Gudang. Kursus yang dibuka kepada 50 orang peserta ini telah dihadiri oleh 26 orang peserta yang kebanyakannya adalah datang dari kawasan Pasir Gudang sendiri. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Cuma satu lagi perkara yang kami lupa adalah mengambil gambar kenangan beramai-ramai bersama peserta. Syukurlah masih ada gambar-gambar lain sebagai kenangan di sana.

Ribuan terima kasih pihak kami ucapkan terutamanya kepada Puan Hamidah sebagai wakil Kolej Komuniti Pasir Gudang yang memberikan kepercayaan kepada kami dan juga Cik Liyana dari Cemerlang Tani Sdn Bhd yang berkolaborasi bersama FAF bagi menjayakan perjalanan kursus ini. Tidak lupa buat Am dan Taapor, eerima kasih berbanyak kami ucapkan kepada semua.

Van ni la saya drive sendiri ke Pasir Gudang...

Photobucket

Sampai dah..kul 5 pm.. 6 jam... letih....

Photobucket

Hotel tempat kami menginap...

Photobucket

Barang-barang ngajar...

Photobucket

Kelas pun bermula... dewan besar juga...

Photobucket

Sesi praktikal...semuanya bersungguh2...

Photobucket

Masa kukusan....

Photobucket

Nak dijadikan cerita.... terjumpa kawan lama masa matrik dulu...dah berbadan dua... Si Oya ni pensyarah di Kolej ni...

Photobucket

Ni semua kakitangan yang terlibat.. termasuk 2 orang peserta yang belum balik... nak buat macam mana sampai leh lupa amik gambar beramai2 bersama peserta....

Photobucket

Masa untuk pulang....

Photobucket





KURSUS PADA 13 JULAI 2008

Kursus penanaman cendawan pada tarikh ini telah berjalan dengan jayanya dan ianya disertai oleh 3 orang peserta daripada hampir 10 orang yang telah mendaftar. Jumlah peserta yang sedikit memberi lebih kefahaman kepada peserta dan perjalanan kursus juga berjalan dengan cepat. Yang penting, semuanya telah difahami dan selamat dipelajari. Selamat berjaya buat para peserta semua.


Photobucket

Comments

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi