Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2008

MAHA 2008 - PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

MAHA 2008 berlangsung dari 12 - 23 Ogos 2008 di Maeps Serdang. Kini tinggal 2 hari lagi pameran terbesar pertanian ini berlangsung. Sepanjang itu saya telah mengunjunginya sebanyak 4 kali. Belum sempat lagi berkunjung ke semua dewan kerana kesuntukan masa. Sepanjang saya pergi 4 kali itupun, saya pergi bersebab kerana menghantar cendawan segar kepada pelanggan saya yang membuka gerai jualan di Pintu 2 berdekatan dengan pameran penternakan. 2 tahun lepas melawat untuk cari maklumat tentang cendawan, tahun ni hantar cendawan sendiri dah ke sana :=D Kepada yang berminat dengan bidang pertanian, inilah peluang untuk mencari ilmu dan juga mencari peluang-peluang yang ada di dalam bidang ini. Mengikut sejarah saya sendiri :), MAHA inilah tempat pertama saya menimba ilmu tentang cendawan hasil berkunjung ke beberapa booth pada tahun 2006 dahulu iaitu yang masih saya ingat JAbatan Pertanian, Pertubuhan Peladang dan juga Mardi. Waktu tu terdapat juga beberapa syarikat swasta yang terlibat dalam