Skip to main content

MAHA 2008 - PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Photobucket

MAHA 2008 berlangsung dari 12 - 23 Ogos 2008 di Maeps Serdang. Kini tinggal 2 hari lagi pameran terbesar pertanian ini berlangsung. Sepanjang itu saya telah mengunjunginya sebanyak 4 kali. Belum sempat lagi berkunjung ke semua dewan kerana kesuntukan masa. Sepanjang saya pergi 4 kali itupun, saya pergi bersebab kerana menghantar cendawan segar kepada pelanggan saya yang membuka gerai jualan di Pintu 2 berdekatan dengan pameran penternakan.

2 tahun lepas melawat untuk cari maklumat tentang cendawan, tahun ni hantar cendawan sendiri dah ke sana :=D

Photobucket

Kepada yang berminat dengan bidang pertanian, inilah peluang untuk mencari ilmu dan juga mencari peluang-peluang yang ada di dalam bidang ini. Mengikut sejarah saya sendiri :), MAHA inilah tempat pertama saya menimba ilmu tentang cendawan hasil berkunjung ke beberapa booth pada tahun 2006 dahulu iaitu yang masih saya ingat JAbatan Pertanian, Pertubuhan Peladang dan juga Mardi. Waktu tu terdapat juga beberapa syarikat swasta yang terlibat dalam pameran tersebut seperti Purnama Untung dan juga CNC. Tapi saya tak berkesempatan ke booth Purnama Untung kerana masalah yang sama seperti sekarang, kesuntukan masa. Saya hanya sempat berkunjung ke MAHA selepas waktu bekerja. Sewaktu itu saya sedang menjalani praktikal di Batu Caves. Dan perjalanan balik ke Serdang mengambil masa hampir satu jam juga merempit waktu tu. Balik kerja jam 6 petang jadi bayangkan jam berapa saya sempat ke sana. Sewaktu pameran MAHA 2006 saya berkunjung ke sana sebanyak 3 kali. Dan tahun ni insyaAllah lebih dari itu.

Pameran kali ini memang lebih hebat dari yang lepas. Mengunakan tapak kekal yang lebih selesa dan juga perkhidmatan tram yang kian bertambah. Kalau dulu saya tak berpeluang menaikinya, sekarang sudah merasa sendiri. Pengusaha cendawan yang membuat pameran juga sudah makin bertambah. Alhamdulillah itu perkembangan yang baik dalam bidang ini. Kalau dulu bila melawat ke sana tiada yang kenal kita, tapi tak sangka hasil kunjungan saya ke booth Persatuan Veteran Tentera, pengusaha cendawan dari Kuantan yang membuat pameran di bawah persatuan tersebut mengenali saya tanpa saya memperkenalkan diri. Mesti cam wajah saya yang selalu keluar kat blog ni :) .

Tahun ni FAF masih belum berkesempatan untuk membuka booth sendiri di sana. Ramai yang menelefon saya bertanyakan tentang hal ini. InsyaAllah untuk MAHA 2010 impian FAF akan jadi kenyataan untuk menjadi salah seorang dari exhibitor dalam pameran tersebut. Jadi pada sesiapa yang belum berkunjung ke sana, cepat-cepat lah berkunjung. Ini lah peluang besar yang perlu kita cari dan gali.

SELAMAT BERKUNJUNG DAN MENCARI ILMU....


masih minat untuk bergambar dengan beg media walau dah biasa.. hehehe... kenangan ni...

Photobucket

Comments

Popular posts from this blog

KOS YANG TERLIBAT DALAM MENGHASILKAN 7000 BEG CENDAWAN

Mengapa saya memilih 7000 beg cendawan bagi mengira kos? Bukan 100.. bukan 500.. bukan 1000 dan juga bukan 5000?
Ia adalah kerana bagi menghasilkan 7000 beg cendawan, kita memerlukan 1 lori habuk kayu getah dari sebuah lori dengan muatan 3 tan. Bukan 3 tan habuk, tetapi lori 6 tayar dengan BTM adalah 3000 kg. Muatan habuk kayu bagi sebuah lori 3 tan hanya kira-kira 2000 kg sahaja.
Kos yang terlibat adalah seperti berikut  (harga bergantung lokasi) :
1. Habuk kayu getah (1 lori)                            : RM500.00 2. Dedak padi halus ( 200 kg)                          : RM240.00 3. Kapur pertanian  ( 1 guni)                            : RM30.00 4. Air                                                                 : RM10.00 5. VITAL (vitamin untuk cendawan 2 kotak)  : RM120.00 6. Plastik PP saiz 6'x11' (1.5 guni)                    : RM400.00 7. Set Penutup (7000 set)                                  : RM1400.00 8. Gas (12 tong gas)                                          : …

Penghantaran Beg/ Bongkah Cendawan Ke Seluruh Malaysia

Ramai yang menghubungi kami melalui telefon samada call atau mesej dan whatsap yang berminat mendapatkan beg cendawan dari kami. Walaupun lokasi kami nun jauh di Dungun Terengganu, pihak kami membekalkan beg ke seluruh Malaysia. Termasuk ke Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

Jika anda berminat untuk menjadi pengusaha cendawan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan, sila hubungi kami untu dapatkan harga terbaik. Kami bersedia membekal beg cendawan berkualiti dengan jaminan. 
Kami membekalkan 3 jenis cendawan iaitu: 1. Tiram Kelabu 2. Melati 3. Kukur/ Kulat Sisir




PROMOSI BEG @ BONGKAH CENDAWAN KUKUR

Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi. Tahukah anda permintaan cendawan meningkat 100% sewaktu bulan puasa???

Inilah peluang mencari duit raya dengan menjual cendawan kukur @ kulat sisir. Ia menjadi hidangan berbuka puasa yang menggamit nostalgia masa kecil di kampung dan sungguh menyelerakan.

Dengan harga promosi terendah di pasaran. Sila whatsap untuk mendapatkan harga promosi ini.

0126221149

0126962114