Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2008

Cerita di Bulan Ramadan

Salam Ramadan.... Lama tak update blog. Semua ni gara-gara sibuk di bulan ramadan yang penuh keberkatan ni. Sejak masuk ke bulan ramadan, aktiviti di bangsal terhenti sebentar. Saya hanya melakukan aktiviti jualan beg sahaja. Penghasilan beg akan dilakukan mungkin pada minggu ke tiga atau ke empat. Atau mungkin juga selepas raya. Seperti biasa, bulan ramadan ni saya berniaga di pasar ramadan di Seksyen 16 Bandar BAru BAngi. Tahun ni, selain daripada cendawan goreng rangup dan berempah, produk baru diperkenalkan iaitu sup cendawan atau pun cream of mushroom. Alhamdulillah sambutan agak menggalakkan. Ramai yang singgah bertanya, ini sup buat sendiri atau dalam tin? Yang pasti memang buat sendiri dan cendawan yang digunakan adalah daripada jenis cendawan tiram kelabu bukannya cendawan butang seperti kebiasaannya. Satu perkara menarik di pasar ialah, kehadiran penyanyi Mawi. hehehe... Jadilah betullah saya dengar ura-ura dia bina banglo bernilai satu juta di Bangi. Bila dah nampak kelibat