Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2008

KURSUS BULAN OKTOBER DAN NOVEMBER

Mixer/ Mesin Pembancuh

Harga : RM3,200 - muatan 60 kg
RM4,000 - muatan 100 kg
RM6,000 - muatan 200 kg

Penghantaran percuma di sekitar Selangor.

STEAMER/PENGUKUS UNTUK DIJUAL

HARGA: RM2700 (termasuk penghantaran sekitar Lembah Kelang)
MUATAN: 500 BEG
BUATAN TEMPATAN. SPESIFIKASI BOLEH DIUBAH BERDASARKAN PERMINTAAN.
TEMPAHAN BOLEH DISIAPKAN DALAM MASA 2 MINGGU SAHAJA...


Steamer muatan 400 beg - RM2200

Bagging Machine Untuk DiJual

Spesifikasi

Harga: RM3,200 (termasuk penghantaran sekitar Lembah Klang)
Penghasilan Beg : 200 - 300 beg sejam
Buatan Tempatan
1 Horse Power
Ringan, kecil dan mudah dialihkan

PENGGUNAAN

Bancuhan perlu dilakukan mengunakan mixer atau pembancuh (pengubahsuaian boleh dilakukan berdasarkan kretiviti pembeli seperti mengunnakan convenyer untuk mengalihkan media dari mesin bancuhan ke mesin ini). Selepas itu, media perlu dimasukkan/dituangkan ke dalam mesin ini. Ini adalah mesin pembungkus satu corong. Plastik akan dimasukkan ke dalam corong dan kaki akan menekan pedal yang akan mengeluarkan media masuk ke dalam plastik. Tahan plastik supaya media memadat di dalam plastik. Selepas itu penutup dipasang secara manual.

PENGUMUMAN

Berkenaan dengan jawatan kosong yang pernah dimaklumkan di sini, ia telah lama ditutup kerana tempat telah disewa. Jadi saya memohon kerjasama agak tidak menghubungi no telefon yang tertera kerana ia sudah tidak berkaitan lagi.

Tetapi bagi sesiapa yang berminat untuk menyewa bangsal kepunyaan ayah saya di Terengganu, boleh hubungi saya di talian 0126221149 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Bangsal tersebut kini kosong dan memerlukan penyewa baru.

Saiz bangsal adalah 20x20 beratapkan nipah. Satu unit kedai satu tingkat bersaiz 20x60. Harga sewa adalah RM500 sahaja untuk kedua-duanya.

Terima kasih...

TRIP KE UTARA

Salam buat semua...

Sekiranya ada sesiapa di bahagian utara memerlukan barang-barang mentah untuk penanaman cendawan seperti cap, plastik, dan benih, saya ada trip ke Kedah pada 17hb Oktober nanti. Jadi pada sesiapa yang tinggal di bahagian utara sepeti Perak, Penang, Kedah dan juga Perlis yang memerlukan barang-barang tersebut inilah peluang anda. Tawaran harga yang paling rendah akan diberikan.. Hubungi saya untuk maklumat lanjut... terima kasih...

Salam Hari Raya

Selamat hari raya aidilfitri buat semua. Alhamdulillah kita telah selesai menjalani ibadah puasa dan sekarang tiba masa untuk berhari raya.

Bulan puasa dan raya tahun ni macam-macam juga berlaku. Kalau bulan puasa tahun lepas saya mengalami kemalangan jalanraya, tahun ini pun sama. Kali ni ia berlaku di kampung saya. 2 hari sebelum raya kereta saya dilanggar dari arah tepi oleh sebuah kereta pacuan 4 roda yang hendak keluar dari parking. Jadi tak lah teruk sangat. Tetapi tu dah cukup meyedihkan saya sebab saya baru dapat kereta ni sebulan. Tapi tak pelah asalkan tak teruk dan saya pun selamat.

Raya tahun ni saya balik kampung awal. Saya hanya berniaga 3 minggu dan buat beg selama seminggu. Sehari selepas saya berhenti berniaga saya mengalami kemalangan kecil di farm. Kuku ibu jari saya tercabut secara keseluruhan akibat terlanggar tong hitam yang saya isi habuk kayu. Sakitnya bukan kepalang... Tetapi saya gagahkan diri juga bancuh dan buat beg selama seminggu untuk dijual selepas raya …