Skip to main content

Salam Hari Raya

Selamat hari raya aidilfitri buat semua. Alhamdulillah kita telah selesai menjalani ibadah puasa dan sekarang tiba masa untuk berhari raya.

Bulan puasa dan raya tahun ni macam-macam juga berlaku. Kalau bulan puasa tahun lepas saya mengalami kemalangan jalanraya, tahun ini pun sama. Kali ni ia berlaku di kampung saya. 2 hari sebelum raya kereta saya dilanggar dari arah tepi oleh sebuah kereta pacuan 4 roda yang hendak keluar dari parking. Jadi tak lah teruk sangat. Tetapi tu dah cukup meyedihkan saya sebab saya baru dapat kereta ni sebulan. Tapi tak pelah asalkan tak teruk dan saya pun selamat.

Raya tahun ni saya balik kampung awal. Saya hanya berniaga 3 minggu dan buat beg selama seminggu. Sehari selepas saya berhenti berniaga saya mengalami kemalangan kecil di farm. Kuku ibu jari saya tercabut secara keseluruhan akibat terlanggar tong hitam yang saya isi habuk kayu. Sakitnya bukan kepalang... Tetapi saya gagahkan diri juga bancuh dan buat beg selama seminggu untuk dijual selepas raya ni. Raya tahun ni saya memang takda kuku la. Alhamdulillah selepas seminggu luka kering dan takde lah berbalut lagi macam awal-awal dulu.

Raya macam biasa lah beraya ke rumah sedara-mara, ziarah ke kubur arwah mak saya. Kat terengganu ni kawan-kawan tak ramai sangat. Yelah dulu belajar jauh-jauh. Kawan-kawan masa sekolah rendah ramai dah lost contact dan ayah lak dah pindah ke kampung. Raya tahun ni buat pertama kali beraya kat rumah baru ayah yang dekat dengan sedara mara sebelah ayah. Raya tahun ni raya paling kopak buat saya jugak. hehehe... Belikan kerusi baru untuk rumah, kuih raya pun semua beli, balik naik kereta lagi... Memang kena betul2 berjimat la lepas raya ni dan keje kuat-kuat untuk tambahkan rezeki.

Banyak juga cerita yang dapat sepanjang balik beraya ni. Kematian sepupu yang juga kawan saya masa sekolah tadika cukup menyedihkan saya. Jumpa seorang kawan yang mempunyai minat yang sama masa sekolah menengah dulu pulak mengembirakan saya. Dulu sama-sama minat KRU. Lepas saya pindah sekolah pun dia masih kirimkan gambar-gambar KRU yang dia potong dari akhbar untuk bagi pada saya. Terharu betul.. hehehe.. Baru je teringat kat dia sebab ayah pindah ke kampung yang dekat dengan kampung dia. Tak sangka saya jumpa dia masa dekat trafik light kat pekan. Kat kampung juga sewaktu dalam perjalanan ke kubur arwah mak, saya ternampak ada satu bangunan empat tingkat di tengah-tengah padang. Saya memang cukup-cukup pasti itu bangunan burung walet. Memang besar dan saya anggarkan ia bernilai 1 juta. Panjang macam bangunan sekolah. Balik rumah tanya ayah ia milik seorang berketurunan cina. Ayah kata dia sengaja buat kat situ sebab itu tanah laluan LPT. Nanti kena roboh jugak tapi akan dapat pampasan la. Bukan satu je saya jumpa, dekat sebelah rumah mertua adik saya pun ada jugak rumah burung walet ni. Rupanya kat negeri Terengganu ni ramai yang buat. Kitaorang adik-beradik pun dah berkira-kira nak buat sebab ayah cakap kat kebun kelapa sawit dia banyak burung walet ni. Memang bising bunyinya. Tapi modal lah agak tinggi. Tengah fikir-fikir lagi ni nak cari modal kat mana.

Itu sahajalah cerita untuk raya tahun ni. Hari ni saya start balik rutin seperti sebelum bulan puasa. Lama tak singgah farm nak jenguk pe lah jadi ni. Sejak pilihanraya, raya ni lah baru saya bercuti balik kampung. Lepas ni tak tahu lagilah bila. Kalau balik pun mungkin bulan Disember nanti sebab anak saudara saya nak kahwin. Dah 2 orang anak kakak saya nikah. Mak sedara dia ni sorang je lagi belum kahwin. Jodoh belum ada. Balik raya ni pun baru la kedengaran orang tanya bila nak makan nasi minyak. Tungguuuuuuuuuuu.......... hehehe...

Selamat Hari RAya Aidilfitri buat semua.... Sekiranya ada salah dan silap sepanjang saya berbicara di sini, atau yang datang ke farm, atau kat mana-mana sajalah, saya memohon ribuan kemaafan sekiranya bicara saya menguris perasaan, terkasar dan menyentuh hati sesiapa sahaja. Saya tidak berniat melakukannya dan ia datang diluar kesedaran saya. Maaf buat semua. Juga buat sabahat-sabahat baik saya yang banyak membantu saya di farm selama ni pink, anga, azlong, e dan juga teman-teman seperjuangan di bidang cendawan ni... Semoga aidilfitri ini mengeratkan lagi silaturahim dan persabahatan kita...

ni la bangunan sarang burung walet tu... besarkan... siap ada guard lagi...

Photobucket

Comments

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi