Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2008
KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU TARIKH : 11 JANUARI 2009 (AHAD) MASA: 9.00 AM - 4.00 PM TEMPAT : LOT 6029, JALAN MASJID, KG SUNGAI RAMAL DALAM, KAJANG. YURAN : RM200 KANDUNGAN KURSUS : SESI TEORI DAN PRAKTIKAL BERMULA DARI MEMBUAT BEG SEHINGGALAH KE KAEDAH PENUAIAN, PEMBUNGKUSAN DAN PEMASARAN. PENJAGAAN BEG SEDIATUAI, PENCEGAHAN KEROSAKAN. FAEDAH : NOTA YANG LENGKAP, SIJIL KURSUS, BEG MEDIA UNTUK DI BAWA PULANG. TERHAD UNTUK 20 PESERTA SAHAJA, SILA HUBUNGI CIK FYDA 0176624083 UNTUK PENDAFTARAN ATAU SMSKAN NAMA DAN ALAMAT EMEL KE NO TELEFON TERTERA. DISKAUN UNTUK PESERTA YANG MEMBAWA RAKAN BERSAMA.

KURSUS TERAKHIR TAHUN INI

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU TARIKH : 28 DISEMBER 2008 (AHAD) TEMPAT : LOT 6029, JALAN MASJID, KG SUNGAI RAMAL DALAM, KAJANG. YURAN : RM180 SAHAJA (BIASA RM200) KANDUNGAN KURSUS : SESI TEORI DAN PRAKTIKAL BERMULA DARI MEMBUAT BEG SEHINGGALAH KE KAEDAH PENUAIAN, PEMBUNGKUSAN DAN PEMASARAN. PENJAGAAN BEG SEDIATUAI, PENCEGAHAN KEROSAKAN. FAEDAH : NOTA YANG LENGKAP, SIJIL KURSUS, BEG MEDIA UNTUK DI BAWA PULANG. TERHAD UNTUK 20 PESERTA SAHAJA, SILA HUBUNGI CIK FYDA 0176624083 UNTUK PENDAFTARAN. DISKAUN UNTUK PESERTA YANG MEMBAWA RAKAN BERSAMA.

Kursus di Putrajaya

Pada 13hb Disember yang lepas, saya telah dipanggil sebagai penceramah jemputan untuk memberi kursus penanaman cendawan di Dewan Serbaguna Presint 8 di Putrajaya. Kursus pendek ini bertujuan untuk memberi sedikit gambaran kepada peserta tentang penanaman cendawan. Selain itu peserta juga akan dibimbing untuk memohon sebarang pinjaman tetapi yang diutamakan adalah Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB - kami bukan along, kami mau tolong), Tekun dan juga pinjaman skim siswazah di bawah MECD. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat konsultansi bagi menyediakan kertas kerja boleh la hubungi saya bagi tujuan tersebut. Ia akan disediakan oleh perunding yang bertauliah. Sudah agak lama saya tidak menganjurkan kursus sendiri di FAF. InsyaAllah bulan Januari ini saya akan adakan kursus terbaru. Saya sewaktu kursus di Putrajaya.... Anak buah dan adik... Seronok Fifah n Izzati dapat ikut ke Putrajaya... Ni masa bawak diorang jalan2 kat Melaka... cane saya lak paling rendah ni... :D

Cerita-Ceritu

Lama sungguh saya tak bercerita di laman ni. Mana entah hilangnya cerita tu ek... Banyak cerita sebenarnya tapi tak sempat-sempat saya catatkan di sini. Sebulan dua ini agak sibuk juga menguruskan farm di Kajang. Berulang-alik ke bengkel pembekal, dan juga menghantar barang ke pada pelanggan. Bulan Disember ni mungkin jadi bulan yang agak sibuk buat saya kerana saya sedang menyiapkan beg yang ditempah pelanggan. Bangsal peram saya sejak raya ni kosong tak terisi. Ada la isi sikit lepas raya buat, tapi tu pun dah habis. Kapasitinya hampir 8000 beg tapi sekarang memang tengah kosong tunggu untuk di isi. Tapi kalau penuh pun, ia akan bakal kosong lagi nanti. Selepas raya, saya banyak hadiri kenduri kahwin. Satu salah seorang rakan yang sama-sama pernah menolong saya di FAF, Puan Rohaida, bukan Cik Rohaida lagi yea... Itu pada 15 November yang lalu. Seminggu selepas itu, anak kepada tuan tanah, Tini yang juga kawan adik saya masa kecik-kecik dulu. Dua-dua kenduri ni saya 'merewang'

Rintis 'nugget' cendawan

Oleh HAPIZAH AZIZ Rosmaizan Che Abdullah menunjukkan nugget cendawan yang diproses di rumahnya di Kampung Atas Pinggir, Pasir Mas, baru-baru ini. -------------------------------------------------------------------------------- PASIR MAS 15 Dis. - Suasana di tempat kerja yang tidak menggembirakan mendorong Rosmaizan Che Abdullah, 28, pulang ke kampung dan bertekad untuk berdikari. Bekas juruteknik di sebuah kilang di Selangor itu berharap dapat mengikut jejak langkah dua kakak dan seorang adiknya untuk menjadi peniaga atau usahawan biarpun masih belum pasti apa yang perlu diteroka. Selepas tertarik dengan rasa cendawan goreng yang dijamahnya, dia mula merasakan ia boleh dijadikan perusahaan jika dilakukan secara bersungguh-sungguh. Ini termasuk menambah keenakan dan mempelbagaikan rasanya dan juga pendekatan kreatif untuk memasarkannya. ''Saya memohon untuk menyertai kursus penanaman dan penyediaan pelbagai resipi daripada tumbuhan itu di bawah kendalian Jabatan Pertanian Nege

TELAH TERBIT!!! Buku Buat Duit Dengan Cendawan

Buku ini telah terbit ada 1 Disember yang lepas. Sila ke link di bawah untuk melihat cover dan info. http://pts.com.my/index.php/buku/2817/