Skip to main content

Cerita-Ceritu

Lama sungguh saya tak bercerita di laman ni. Mana entah hilangnya cerita tu ek... Banyak cerita sebenarnya tapi tak sempat-sempat saya catatkan di sini. Sebulan dua ini agak sibuk juga menguruskan farm di Kajang. Berulang-alik ke bengkel pembekal, dan juga menghantar barang ke pada pelanggan.

Bulan Disember ni mungkin jadi bulan yang agak sibuk buat saya kerana saya sedang menyiapkan beg yang ditempah pelanggan. Bangsal peram saya sejak raya ni kosong tak terisi. Ada la isi sikit lepas raya buat, tapi tu pun dah habis. Kapasitinya hampir 8000 beg tapi sekarang memang tengah kosong tunggu untuk di isi. Tapi kalau penuh pun, ia akan bakal kosong lagi nanti.

Selepas raya, saya banyak hadiri kenduri kahwin. Satu salah seorang rakan yang sama-sama pernah menolong saya di FAF, Puan Rohaida, bukan Cik Rohaida lagi yea... Itu pada 15 November yang lalu. Seminggu selepas itu, anak kepada tuan tanah, Tini yang juga kawan adik saya masa kecik-kecik dulu. Dua-dua kenduri ni saya 'merewang' orang johor panggil la. Masa memang banyak di situ. Selepas tu, dua hari sebelum raya hari pulak, anak buah saya kahwin. Kakak yang kerja kat Kertih tu lak datang sini sebab mesin kat tempat kerja dia rosak. So dia kena pergi buat kerja kat Petronas Research kat Bangi ni la. Anak-anak dia ikut sekali. Jadi saya la yang menjaga diorang. Mula-mula ingat tak balik raya haji, tapi dah kakak datang dan anak sedara lak kahwin, jadi saya balik ke kampung dengan kereta. Masa balik ke KL semula, saya bawak la anak buah sorang dan sorang adik saya bersama-sama. Ingat nak bawak ramai lagi, tapi mak lak tak bagi sebab nanti sapa nak nolong kat kampung. Jadi diorang berdualah yang menolong saya di farm sekarang selain staf saya Cik Fyda.

Sedikit gambar-gambar....

Puan Rohaida aka Anga dan suami Wan... Suami dia ni pengusaha cendawan di Felda Lui Muda...

Photobucket

Ni lak anak tuan tanah... Anak tunggal perempuan dia...

Photobucket


Anak buah dan isteri...Muda-muda dah kawen.. Bgs sebab ada sikap tanggungjawab...
dari bercinta lama-lama buat apa kan.. :D

Photobucket

Bandarayaku....

Photobucket

Beg cendawan ni terkoyak sebab tikus gigit. Saya simpan kat bilik suntik.. Sedar-sedar dah matang sampai tumbuh cendawan dah kat koyakan tu... byk lak tu... tak siram pe pun...

Photobucket

Ni masa gi seminar cendawan kat UM....

Photobucket

Anak buah masa datang farm saya sebelum balik raya haji...

Photobucket

Comments

Yatt said…
Hi macam kenal je suami cik rohaida tuh.. kawan sekampung ghupenye.

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi