Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2009

Perkembangan Projek Di Kemaman, Terengganu

Saya baru sahaja pulang dari Terengganu. Bukan sebab balik mengundi. Selama 4 hari saya di sana adalah bagi mengikuti perkembangan projek di Kg Pengkalan Pandan LUar, Kemaman yang masih dalam pembinaan atau 30% siap. Ia sudah bermula bulan November tahun lepas, tetapi akibat musim tengkujuh di sebelah pantai timur menyebabkan projek ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Mulai bulan depan saya akan balik ke Kemaman dan sepenuh masa saya akan berada di sana. Tapak projek di Kajang pula akan diuruskan sepenuhnya oleh Cik Fyda. InsyaAllah 2 minggu sekali saya akan ke Kajang bagi tujuan mengajar untuk kursus yang akan di kendalikan oleh pihak FAF dan juga kursus anjuran Kolej KOmuniti. Projek di Kemaman akan mengandungi 4 unit bangsal bersaiz 25'x40' dan akan di kembangkan menjadi 6 unit pada tahun hadapan, 1 unit rumah proses bersaiz 40'x40' yang mengandungi ruang proses, bilik suntik serta ruang kukusan. Selain itu, 1 unit pejabat, 1 buah surau dan 1 buah ruma

BLog Prof Saya

Salam.... Silalah ke blog ni www.agrokimi.blogspot.com Ini adalah blog supervisor saya semasa saya buat tesis master di UKM. Sekarang walaupun sudah menjadi seorang profesor gred tertinggi di UKM, beliau masih berminat dengan bidang pertanian. Beliau menggabungkan ilmu-ilmu kimia ke dalam sektor pertanian dan menggunakan sepenuh ilmu yang ada untuk dipraktikkan sebaik yang mungkin. Mungkin nanti beliau juga akan membuka ladang cendawan di PD, N9.