Skip to main content

Catatan Kursus Anjuran Kolej Komuniti Hulu Langat di FAF

Pada 31 Januari yang lalu, pihak FAF telah dilantik sekali lagi sebagai tenaga pengajar bagi kursus penanaman cendawan anjuran pihak Kolej Komuniti Hulu Langat. Terima kasih kami ucapkan diatas kepercayaan yang diberikan. InsyaAllah setiap bulan, kursus ini akan anjurkan oleh pihak kolej. Jadi ini memberikan semua orang peluang untuk mengikuti kursus penanaman cendawan pada bayaran yang cukup rendah.

Kursus pada hari Sabtu yang lepas ini disertai oleh 15 orang peserta dan 3 orang pegawai pengiring. 15 orang ada had bagi setiap kursus. Ini adalah untuk memberikan keselesaan kepada peserta bagi mendapat peluang yang sama bagi setiap orang. Maklumat yang ingin disampaikan juga boleh menjadi lebih mudah.

Yang paling menarik, separuh dari peserta kali ini datang daripada satu kumpulan dari selatan tanah air iaitu Johor. Siap ada yang membawa ibu dan bapa bersama. Bagus.. famili bisnes... :D Dan mereka adalah antara kumpulan yang paling cepat akan memulakan projek ini nanti. Seperti biasa latihan praktikal sepanjang hari dijalani orang peserta. Dan buat pertama kali juga, pihak kami menyediakan resepi istimewa cream of mushroom soup untuk sarapan pagi, nasi berlauk sup cendawan untuk makan tengahari dan cendawan goreng berempah untuk minum petang. Ni kan kursus cendawan jadi biarlah peserta merasa cendawan yang bakal mereka tanam nanti.

Alhamdulillah kursus berjalan lancar walau petang hujan seketika ia tidak mengganggu latihan praktikal oleh para peserta. Sampai di sini dahulu catatan dari pihak kami. Semoga segala pengalaman yang diperolehi di sini dapat dipraktikkan. All The Best!

Peserta Kursus Kali ini...

Photobucket

Penuh sesak bangsal FAF...

Photobucket

Photobucket

Peserta sedang mengisi borang soal selidik dari kolej komuniti...

Photobucket

Comments

Anonymous said…
salam fatisha
saya baru nak berjinak-jinak dalam dunia cendawan ni.baru daftar blog fitrahgano.wordpress.com harap dapat beri maklumat berkaitan cendawan terutamanya ganoderma. tirm kelabu saya dah buat sikit saje kat rumah sbb anak2 suka makan. ada la dalam 100 beg. sekarang saya study ttg gano pulak.
wassalam
engkuazri.wordpress.com

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi