Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2009

Sebulan Operasi Di Kemaman, Terengganu

Minggu Pertama 6 mac 2009 kiranya hari pertama saya memulakan kerja di farm. Tak banyak mana yang mampu saya buat. Cuma melihat apa-apa yang patut. Pintu bilik suntik pun belum siap. Steamer masih belum siap. Mixer pun sama. Diorang janji sabtu siap. Tapi rasanya tak la.... Selalu je cakap macam tu tapi mesti lambat jugak seminggu sebab mixer ni benda rumit sikit. Wiring tengah buat lagi. Rasanya macam lambat je lagi siap. Buat pun sikit-sikit je. Setiap hari saya sampai di farm jam 8.30 am. Balik jam 1pm. datang jam 3pm. Balik jam 5pm. Datang. Balik. Datang. Balik dan datang lagi. Tanpa buat apa-apa. Begitu membosankan. Steamer yang sepatutnya sampai hari sabtu diberitakan tiba hari Rabu pula. Ok saya tunggu. Stok habuk kayu dah ada... 3 lori... 3 tan Dedak pun ada.... 2 tan... Cap.. 40k set... Bilik suntik... pintu belum siap... Tandas... Surau... Bangsal siap dah.. pintu lak belum ada.... Tapak bangsal peram yang belum siap.... Minggu Kedua Sempena cuti Maulidur Rasul, kami adik ber

Pelajar Praktikal dan Trip Ke Terengganu

Sebenarnya ini cerita lama. Tapi saya tak sempat nak update di blog ni. Jadi saya ambil kesempatan untuk membuat sedikit coretan tentang perkara ini. Bermula 4 Februari lalu, kami di Fatisha Agro Farm menerima kehadiran 2 orang pelajar parktikal daripada sebuah IPTS di Melaka iaitu Institut Skill Tech yang merupakan sebuah institut pertanian di mana pelajar-pelajarnya mendapat tajaan daripada Kerajaan Persekutuan. Pelajar tersebut ialah Ainuladha Alias dan Siti Fatonah Rosdi. Mereka akan menjalani praktikal selama 3 bulan. Bulan yang pertama kedua-duanya ditempatkan di Kajang. Bermula 5 Mac iaitu tarikh saya pulang ke Kemaman, salah seorang ditempatkan di Kemaman bagi membantu operasi di sini. Terima kasih pihak kami ucapkan kepada mereka berdua dan kolej kerana memilih FAF sebagai tempat menjalani praktikal. Rajin mereka berdua ni.... yang ni si Ain.. dia la paling rajin sekali... sebab tu saya bawa di ke Kemaman... kalau orang kata saya ni iron girl.. dia ni bagi saya lebih dari tu..

Cerita di Kemaman

Saya kini di Kemaman. Sudah hampir seminggu saya di sini. Nampak gayanya akan terus jadi orang sini la saya :D. Penghasilan beg belum lagi bermula. Tinggal kurang 10% lagi infra yang belum siap. Hari khamis ni insyaAllah mesin pembancuh, mesin bagging dan juga pengukus akan sampai. Target saya 15hb projek akan bermula sepenuhnya. InsyaAllah saya akan update dari semasa ke semasa. Saya ada plan juga untuk menghasilkan benih sendiri. Sampaikan dah termimpikan saya pergi berkursus benih. Sebelum ni memang pernah kursus tapi tak detail sangat. Jadi memang perlu pergi sekali lagi lah. Lagipun kat Kemaman ni ada ruang untuk buat benih. Cuma kena ada modal untuk beli barang-barang sahaja. Banyak gak nak pakai tu. Semoga segala urusan di sini dipermudahkanNYA....