Skip to main content

Pelajar Praktikal dan Trip Ke Terengganu

Sebenarnya ini cerita lama. Tapi saya tak sempat nak update di blog ni. Jadi saya ambil kesempatan untuk membuat sedikit coretan tentang perkara ini.

Bermula 4 Februari lalu, kami di Fatisha Agro Farm menerima kehadiran 2 orang pelajar parktikal daripada sebuah IPTS di Melaka iaitu Institut Skill Tech yang merupakan sebuah institut pertanian di mana pelajar-pelajarnya mendapat tajaan daripada Kerajaan Persekutuan. Pelajar tersebut ialah Ainuladha Alias dan Siti Fatonah Rosdi. Mereka akan menjalani praktikal selama 3 bulan. Bulan yang pertama kedua-duanya ditempatkan di Kajang. Bermula 5 Mac iaitu tarikh saya pulang ke Kemaman, salah seorang ditempatkan di Kemaman bagi membantu operasi di sini. Terima kasih pihak kami ucapkan kepada mereka berdua dan kolej kerana memilih FAF sebagai tempat menjalani praktikal.


Rajin mereka berdua ni....

Photobucket

yang ni si Ain.. dia la paling rajin sekali... sebab tu saya bawa di ke Kemaman... kalau orang kata saya ni iron girl.. dia ni bagi saya lebih dari tu... Baru umur 20 tahun... Saya dah nampak yang dia bakal berjaya dalam hidupnya nanti...

Photobucket


Ni lak di Siti... Rajin jugak... InsyaAllah kalau dia rajin berusaha, masa depann dia juga cerah....

Photobucket

Sebelum saya pulang terus ke Terengganu 5hb Mac yang lalu, saya ada juga pulang untuk melihat perkembangan pembinaan infra di Kemaman. Sambil-sambil saya pulang ke kampung halaman di Bukit Payong, Marang. Selain itu saya singgah ke tempat salah seorang 'sifu' saya dalam bidang cendawan ni iairu Saudara Lutfi. Banyak berubah tempat dia sekarang. Iyelah Menteri Pertanian pun dah datang ke sana. Tak lama lagi hopefully tempat saya pun menteri datang gak. hehehehe....

Banyak juga model-model dari tempat Lutfi saya ambil sebagai panduan saya di Kemaman. Di sini saya letakkan sedikit gambar yang sempat saya ambil di sana. Tentang catatan saya di Kemaman pula, saya akan update esok insyaAllah. Sebab lusa saya akan balik ke Kajang untuk mengendalikan kursus di sana. Maaf sebab buat pembaca setia blog ini tertunggu-tunggu. Terlalu banyak kerja saya di Kemaman ni. Maklumlah baru bermula semula. Lagipun tempat di sini besar kapasiti di sini berkali-kali ganda kapasiti di Kajang. Apa-apa pun tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..........

Sembang beramai-ramai dengan si Lutfi.... Pandangan dari depan Farm dia... Cun!!!

Photobucket


Saya dan Lutfi... Bila gi sana mesti tanya jugak kat dia kalau pun pernah jugak tanya dulu... hehehee.... Kadang-kadang masa ini merubah jugak segalanya....



Photobucket


Tengok siap ada papan tanda dari Jabatan Pertanian....

Photobucket

p/s: Kepada sesiapa yang memerlukan tempat untuk menjalani praktikal, pihak kami menyedia kemudahan tersebut. Pelajar akan diberikan elaun tempat tinggal. Kami mengutamakan pelajar-pelajar lelaki. Perempuan pun apa salahnya. Tapi pastikan anda menpunyai ciri-ciri super women... hehehehe

Comments

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi