Skip to main content

Sebulan Operasi Di Kemaman, Terengganu

Minggu Pertama

6 mac 2009 kiranya hari pertama saya memulakan kerja di farm. Tak banyak mana yang mampu saya buat. Cuma melihat apa-apa yang patut. Pintu bilik suntik pun belum siap. Steamer masih belum siap. Mixer pun sama. Diorang janji sabtu siap. Tapi rasanya tak la.... Selalu je cakap macam tu tapi mesti lambat jugak seminggu sebab mixer ni benda rumit sikit. Wiring tengah buat lagi. Rasanya macam lambat je lagi siap. Buat pun sikit-sikit je. Setiap hari saya sampai di farm jam 8.30 am. Balik jam 1pm. datang jam 3pm. Balik jam 5pm. Datang. Balik. Datang. Balik dan datang lagi. Tanpa buat apa-apa. Begitu membosankan. Steamer yang sepatutnya sampai hari sabtu diberitakan tiba hari Rabu pula. Ok saya tunggu.

Stok habuk kayu dah ada... 3 lori... 3 tan

Photobucket

Dedak pun ada.... 2 tan...

Photobucket

Cap.. 40k set...

Photobucket

Bilik suntik... pintu belum siap...

Photobucket

Tandas...

Photobucket


Surau...

Photobucket

Bangsal siap dah.. pintu lak belum ada....

Photobucket


Tapak bangsal peram yang belum siap....

Photobucket


Minggu Kedua
Sempena cuti Maulidur Rasul, kami adik beradik berkumpul di Mesra Mall, Kertih. Kakak saya datang dari Paka bersama-sama anak-anaknya Along dan Syakir. Kami pula iaitu kakak saya Zarina, Izham, Aqilah dan Ain serta saya datang dari Geliga Kemaman. Shopping dan makan di pizza hut. Sedap plak pizza ni. Saya ni memang tak suka sangat makan pizza.

Hari rabu steamer masih belum sampai. Dan hari khamis saya terpaksa balik ke Kajang atas urusan kerja di sana. Balik je ke Kajang saya uruskan hal-hal steamer. Jumaat malam lori bertolak ke Kemaman. Dan saya pulang ke Kemaman tengahari sabtu selepas hantar barang ke Sungai Buloh. Kerana sampai malam, saya tak pergi terus ke farm. Balik rumah dan rehat. Lagipun ayah singgah dari Kuantan ke rumah kakak. So saya ajak semua makan diluar. Ahad pula pergi kenduri kahwin adik staff BP tempat kakak saya bekerja. Jadi minggu kedua masih lagi tanpa buat apa-apa. Bosan.....

Kak Noma dan anak sedara Along n Syakir...

Photobucket

Kak Zarina, Izham n Aqilah..

Photobucket

Me n Ain....

Photobucket

Hari sabtu mesin-mesin, motor dan bakul sampai....

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Ayah, mak dan adik2 serta kami semua....

Photobucket


Minggu Ketiga

16 Mac 2009 hari isnin saya mulakan hari dengan rasa yang gembira sekali. Semua barang-barang sudah sedia. Hari pertama saya bancuh dan buat beg bersama ain. Kerana elektrik belum ada, jadi kami buat bancuhan manual. 200 kg tau... Dan petang sekali lagi kami bancuh. tetapi yang ni pekerja parttime yang buat beg. Dan hari ni adalah hari terakhir saya buat beg kerana selepas tu saya memang dah takde masa buat beg. Sebabnya... setiap hari kami akan bancuh manual minimum 400 kg sehari. Suntik dan susun beg kami yang buat juga.


Ain tengah sibuk bancuh....

Photobucket


Pekerja part-time kami... satu famili...

Photobucket

Kucing pun ada sekali jugak... special tribute 4 sum1 yang suka kucing sgt2... hehehe..

Photobucket


Selepas semua masalah selesai, satu lagi masalah timbul apabila steamer ada masalah untuk ditutup. Tetapi alhamdulillah ia selesai juga selepas beberapa hari. Sewaktu kukusan pertama hendak dibuat, terdapat hampir 3000 beg yang belum dikukus. Sehinggakan satu hari kami mengukus lebih kurang 1500 beg iaitu 2 kali kukusan dalam sehari. Kapasiti steamer adalah 750 beg.

Baiki steamer.... alhamdulillah pastu setel... tarik api dari rumah sebelah... elektrik masih belum ada waktu ni...

Photobucket

TNB dah pasang tiang....

Photobucket


Minggu Keempat

Selepas saya balik dari Kajang pagi tadi, saya hanya berehat sekejap dan terus ke farm untuk sambung kerja-kerja di sana. Nasib baik ada Ain yang boleh diharap tu. Dialah yang lakukan kerja suntikan, kukusan dan bancuhan sepanjang ketiadaan saya. Setakat hari ni iaitu 30hb Mac 2009, jumlah beg di dalam bangsal kini mencecah 7500 beg. Alhamdulillah setakat itu belum sampai 10 beg yang rosak itupun kerana bocor sebelum dikukus lagi. Antara sebabnya akibat hentak terlalu kuat dan terkena kaki bakul besi yang tajam. Sebelum masuk dalam bakul besi tu sebaiknya kita buat sedikit pemeriksaan pada beg supaya tidak terlepas pandang beg-beg yang bocor. Nanti terkukus sekali rugi jugak. Tapi sebenarnya ia bleh dibaiki dengan menampalnya dengan tape.

Semoga segala urusan kami di Kemaman ni dipermudahkan olehNya. Aminnn........


Photobucket

Comments

heliconia hawa said…
salam kak nile~ hehe
moga urusanmu dipemudahkanNya ameeen~

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi