Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2009

Kursus Cendawan Anjuran Fatisha Agro Farm dan Kolej Komuniti Hulu Langat

Kursus Anjuran Fatisha Agro Farm (Di Kajang) Tarikh: 17 Mei dan 31 Mei 2009 Yuran: RM200 (Diskaun akan diberikan bagi yang datang berkumpulan sekurang-kurangnya 2 orang) Pendaftaran: Sila hubungi Cik Fyda 0176624083 Kursus Anjuran Kolej Komuniti Hulu Langat Tarikh: 30 Mei 2009 Yuran: RM85 sahaja Pendaftaran: Sila hubungi penyelaras kursus kolej, Puan Nadia (0142527805) Peserta kursus akan dibekalkan nota yang lengkap, beg media untuk dibawa pulang, makan tengahari dan minum petang serta sijil penyertaan kursus. NOTA: Semua kursus dijalankan di Fatisha Agro Farm, Lot 6029 Jalan Masjid, Kg Sungai Ramal Dalam, Kajang. (Landmark: Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi, atau cari perumahan Seksyen 8, BBBangi)

Perkembangan Terkini Di Kemaman

Pertamanya saya ingin maklumkan alamat projek di Kemaman. Ramai dah bertanya. Lupa saya nak letakkan alamat. Alamatnya di Lot 4594 Kg Pengkalan Pandan Luar, Chukai Kemaman. Landmarknya senang sahaja. Cari Hospital Kemaman. Masuk Jalan Hospital dan terus sahaja sampai jumpa Sekolah Menengah Bukit Mentok dan Taman Sri Jaya. Kalau dah jumpa Taman Sri Jaya tu memang dah tak susah nak cari. Tepi jalan sahaja. Hari khamis lepas, pihak kami menerima kehadiran pegawai dari Pejabat Pertanian Kemaman dan juga Pejabat Pertanian Ajil iaitu Puan Jamaliah dari PPKmn, Cik Liza dan Puan Zaimah dari PPAjil. Kehadiran mereka adalah untuk melihat perkembangan projek kami di sini dan juga melihat kesesuaian tempat atas cadangan pihak Jabatan Pertanian untuk menggunakan tempat kami sebagai tempat untuk mereka jalankan kursus tanaman cendawan. InsyaAllah kalau ia menjadi kenyataan, tempat kami akan digunakan oleh Pejabat Pertanian Kemaman sebagai tempat menjalankan kursus praktikal. Kata orang dunia ni keci