Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2009

Kursus Teknologi Cendawan - Anjuran Pejabat Pertanian Daerah Kemaman

Sudah lama juga saya tidak menulis catatan terkini di sini. Kesibukan bekerja jadi salah satu sebabnya. Hari ini dan esok saya bercuti. Bukan bercuti dengan pergi ke mana-mana pun, saya bercuti dari bekerja di farm. Saya menyertai Kursus Teknologi Cendawan anjuran PPD Kemaman sebenarnya. Kursus ini diadakan selama 2 hari. Tetapi sambutan yang diterima agak mengecewakan kerana daripada 27 peserta yang mendaftar dan sebenarnya senarai yang ada lebih daripada tu, hanya 4 orang sahaja yang memunculkan diri di Bilik Gerakan aras 4 Wisma Persekutuan daerah Kemaman. Dan saya adalah peserta kelima yang hadir tanpa nama saya berada di dalam senarai. Saya kira ada beberapa faktor sebenarnya yang menyumbang kepada perkara ini. Dan ini antara ulasan saya... 1. Kursus Percuma - jadi bagi mereka yang tidak benar-benar bersungguh, bagi mereka tiada apa yang rugi untuk mereka kalau tak hadir sekalipun. 2. Tiada Follow-up - Kemungkinan ini juga antara sebabnya. 3. Makluman kursus terlalu lambat - peser

Insken bimbing usahawan tani Skill-Tech

Kejayaan kerajaan mengubah persepsi masyarakat terhadap kerjaya bidang pertanian, telah mengubah paradigma petani, bukan hanya sebagai kerjaya biasa tetapi melonjakkannya sebagai usahawan. Malah, kita berbangga kerana ramai usahawan tani yang telah mampu menembusi pasaran antarabangsa. Dalam Skim Latihan Kemahiran Sumber Manusia Untuk ILKS Bumiputera, Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditetapkan kerajaan antara lainnya adalah memastikan sebahagian pelatih menjadi usahawan sebaik sahaja tamat latihan. Bagi mencapai KPI ini, Institut Keusahawanan Negara (Insken) memainkan peranan utama membimbing pelatih Institut Skill-Tech menjadi usahawan tani sebaik sahaja tamat latihan. Menurut Pengarah Insken, Kamariah Yeop Abdullah, pihaknya telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan memantau skim berkenaan sejak diwujudkan pada tahun lalu. Antara lain, Insken telah mensasarkan supaya sekurang-kurangnya 30 peratus pelatih Tahap 1 dan 2 akan memulakan perniagaan sebaik sahaja tamat latihan. Ba

Pembatalan Demo Penanaman Cendawan di Pesta Buku PWTC

Saya memohon ribuan kemaafan di atas kelewatan memaklumkan pembatalan demo tersebut. Saya hanya dimaklumkan 2 hari sebelum demo tersebut dijalankan. Ia agak mengecewakan saya juga sebenarnya. Tetapi perkara ini tidak dapat dielakkan kerana timbulnya kebimbangan mengenai kesesakan yang akan berlaku di laluan dimana gerai PTS dibuka. Namun bagi sesiapa yang masih berminat untuk belajar secara praktikal boleh menyertai kursus anjuran kami. Sekian....