Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

FAF di Booth Jabatan Pertanian Sempena Pekan Budaya Daerah Kemaman

FAF telah jemput oleh Pejabat Pertanian Daerah Kemaman menyertai Pekan Budaya Daerah Kemaman bulan lepas. Sempat la kami membuat sedikit promosi jualan cendawan goreng dan juga cendawan segar. Alhamdulillah sambutan yang diterima amat mengalakkan. Pelanggan berbaris nak membeli cendawan goreng. Yang menggorengnya saya lah. Kakitangan ada 3 orang pun belum cukup dan melayan pelanggan yang berduyung tiba. InsyaAllah tak lama lagi, bagi yang nak merasa boleh terus ke ladang kami kerana kiosk jualan akan siap tidak lama lagi. Segala produk cendawan akan dijual di kiosk tersebut. Tengah sibuk menggoreng... Periuk elektrik ni Pejabat Pertanian Taja... :) Bersama Puan Jamaliah... Staf PPD yang selalu berhubung dengan pihak FAF.... Kedatangan Exco usahawan Dato' Mohamad Awang Tera ke Booth Jabatan... Merasa jugak cendawan goreng FAF... Pelanggan menunggu cendawan goreng...

Terima Kasih Daun Keladi

Terima kasih diucapkan kepada Ain dan Ecah di atas kerjasama yang diberikan sepanjang menjalani latihan praktikal di FAF selama 12 minggu. Selamat sambung belajar dan pihak kami doakan kejayaan akan sentiasa jadi milik kalian.

Program di Read Malaysia

Terlambat update. Saya masukkan sedikit tentang program di Read Malaysia pada awal bulan lepas. Saya telah dijemput oleh pihak PTS untuk memberi sedikit taklimat tentang penanaman cendawan bagi mempromosikan buku Buat Duit Dengan Cendawan di mana saya adalah penulis bersama. Sepatutnya ia diadakan dahulu di Pameran Buku Antarabangsa di PWTC. Tetapi ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu. Alhamdulillah berjaya juga dijalankan pada program kali ni. Bagi sesiapa yang belum mendapatkan buku ini, sila ke kedai-kedai buku berhampiran tempat anda untuk membelinya. Harga hanya RM13.50. Cetakan kedua akan mempunyai penambahan gambar yang lebih jelas.

Perkembangan Terbaru

Saya tak sempat update blog kebelakangan ni kerana terlalu sibuk. Jadi gambar mungkin boleh menerangkan segalanya. Tetapi insyaAllah saya akan mencuri masa untuk menulis sesuatu di sini. Perkembangan di FAF Mei - Menyertai Read Malaysia di MIECC - Penambahan 2 unit bangsal baru yang berkos rendah Jun - Hasil pertama di FAF Kemaman adalah pada 10 Jun - Pasaran di sekitar Bandar Chukai iaitu di pasar, kedai-kedai runcit dan pasaraya - Dijemput oleh Pejabat Pertanian Daerah Kemaman menyertai Pekan Budaya daerah Kemaman - Pembinaan kiosk Julai - Akan mengadakan kursus pertama pada 18 Julai 2009. Bangsal baru... Ni gambar bulan lepas... Dah hampir siap sebenarnya... Saya akan masukkan gambar terbaru nanti... Bangsal bajet rendah... Ni la cendawan keluaran FAF... Cantik tak packagingnya..? Tapak kiosk...InsyaAllah lepas raya beroperasi la...Dah naik tiang... Lantai pun siap dah... Ni gambar masa ukur tapak... Pengeluaran cendawan di FAF... Lawatan dari bekas peserta kursus.. Jauh datang satu