Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

Al Fatihah.......

Abang saya Azman Yusof telah meninggal dunia pada 17 Ogos lepas, bersamaan 26 Syabaan 1430 Hijrah. Semoga Allah menempatkan arwah dikalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah......

Bangsal Baru, Kiosk dan Lawatan Mardi Cameron Highland

Alhamdulillah 2 unit bangsal baru sudah pun siap. Kapasiti 15,000 beg satu bangsal. Jadi sekarang kami ada 4 unit bangsal yang berkapasiti 60,000 beg. Setakat pengetahuan pihak FAF, kini projek tanaman kami adalah yang terbesar di negeri Terengganu. Penambahan bangsal ini adalah bagi menampung permintaan tinggi cendawan segar di Daerah Kemaman ni. Setakat ini sebenarnya pasaran kami hanyalah di Bandar Chukai dan sekitarnya sahaja. Jika di kira hanya dalam lingkungan kurang 10km dari ladang kami yang terletak di Kg Pengkalan Pandan Luar. Kami menetapkan sasaran untuk memasuki seluruh daerah Kemaman menjelang akhir tahun ini. Kami sekarang sudah pun membuka 2 unit bangsal bagi pengeluaran hasil memandangkan bangsal A sudah masuk tuaian ke 4. Purata hasil 2 bangsal kini mencecah 50 kg sehari. Sekiranya hari baik, cuaca baik ia mungkin boleh mencecah 70kg sehari. Bulan puasa nanti permintaan cendawan akan meningkat. Pemborong dan pekedai sudah cakap awal-awal. Permintaan bakal menjadi 2 ka

Lagu Motivasi Dari Irfan Khairi

Dah lama jugak saya tidak menulis tentang perkara personal atau apa-apa catatan yang mungkin berbeza sedkit. Harini saya nak mengulas sedikit tentang lagu IK ni. Reaching Higher. Saya terjumpa lagu ni di salah satu blog pertanian. Tak silap saya penternakan kambing. Masa tu saya tengah mencari maklumat tentang baja organik. Bila dengar memang best jugak. Tak sangka IK yang tulis liriknya. Lagu ni memang memotivasikan saya. Mungkin juga orang lain. Betul kata IK, untuk lebih dikenali atau mencari kelainan, kita mesti berbeza dari orang lain. Jadi itu juga yang sedang saya tuju dalam hidup saya. Mencari kelainan. Cendawan memang ramai yang dah buat.Tapi masih banyak cabang ada di dalam bidang penanaman cendawan itu sendiri. Yang penting kita kreatif dan kita perlu berfikir. Kalau tak kita pasti akan jadi sama macam pengusaha cendawan yang lain. InsyaAllah saya juga ingin menjadi seperti IK. Usahawan internet yang berjaya. Boleh main gitar dan ada band sendiri walaupun sekadar hobi. Juala