Skip to main content

Bangsal Baru, Kiosk dan Lawatan Mardi Cameron Highland

Alhamdulillah 2 unit bangsal baru sudah pun siap. Kapasiti 15,000 beg satu bangsal. Jadi sekarang kami ada 4 unit bangsal yang berkapasiti 60,000 beg. Setakat pengetahuan pihak FAF, kini projek tanaman kami adalah yang terbesar di negeri Terengganu.

Penambahan bangsal ini adalah bagi menampung permintaan tinggi cendawan segar di Daerah Kemaman ni. Setakat ini sebenarnya pasaran kami hanyalah di Bandar Chukai dan sekitarnya sahaja. Jika di kira hanya dalam lingkungan kurang 10km dari ladang kami yang terletak di Kg Pengkalan Pandan Luar. Kami menetapkan sasaran untuk memasuki seluruh daerah Kemaman menjelang akhir tahun ini.

Kami sekarang sudah pun membuka 2 unit bangsal bagi pengeluaran hasil memandangkan bangsal A sudah masuk tuaian ke 4. Purata hasil 2 bangsal kini mencecah 50 kg sehari. Sekiranya hari baik, cuaca baik ia mungkin boleh mencecah 70kg sehari. Bulan puasa nanti permintaan cendawan akan meningkat. Pemborong dan pekedai sudah cakap awal-awal. Permintaan bakal menjadi 2 kali ganda dari biasa. Harap-harap begitulah.

Kiosk pula sudah hampir siap. Walau belum siap sepenuhnya kami sudah cuba-cuba menjual cendawan goreng. Bermula bulan puasa nanti, kami akan mula menambah menu seperti sup cendawan, kebab, dan menu lain yang difikirkan sesuai. Perancangan masih banyak lagi. Semoga Allah mempermudahkan usaha kami bagi menaikan industri asas tani ini.

Pada Rabu lepas, kami menerima kedatangan Pegawai Penyelidik dari Mardi Cameroon Highland. Lawatan ini atas inisiatif En Osman pegawai Mardi juga yang pernah berkursus di Fatisha Agro Farm pada bulan Mac lalu bersama dengan pembantunya seramai 4 orang. Mardi di sana dalam proses untuk menjalankan projek cendawan bagi tujuan agro pelancongan di sana yang berkembang pesat. Moga perancangan di sana berjalan dengan jayanya.


Itu sahaja perkembangan terkini dari FAF di Kemaman. Belum masuk cerita baja, kambing dan lain-lain lagi. InsyaAllah ada masa kami akan sisipkan tidak lama lagi.Untuk melihat lebih banyak gambar sila klik pada gambar.

p/s: kami memohon maaf atas penangguhan kursus pada 15 Ogos yang lepas. Abang saya kini kritikal dan sedang di rawat di Hospital Sultanah Zanariah Kuala Trg. Kata doktor, hanya ada 2 hari sahaja lagi. Kami sekeluarga hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah sekarang.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Comments

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi