Skip to main content

Lagu Motivasi Dari Irfan Khairi

Dah lama jugak saya tidak menulis tentang perkara personal atau apa-apa catatan yang mungkin berbeza sedkit. Harini saya nak mengulas sedikit tentang lagu IK ni. Reaching Higher. Saya terjumpa lagu ni di salah satu blog pertanian. Tak silap saya penternakan kambing. Masa tu saya tengah mencari maklumat tentang baja organik.

Bila dengar memang best jugak. Tak sangka IK yang tulis liriknya. Lagu ni memang memotivasikan saya. Mungkin juga orang lain. Betul kata IK, untuk lebih dikenali atau mencari kelainan, kita mesti berbeza dari orang lain. Jadi itu juga yang sedang saya tuju dalam hidup saya. Mencari kelainan. Cendawan memang ramai yang dah buat.Tapi masih banyak cabang ada di dalam bidang penanaman cendawan itu sendiri. Yang penting kita kreatif dan kita perlu berfikir. Kalau tak kita pasti akan jadi sama macam pengusaha cendawan yang lain.

InsyaAllah saya juga ingin menjadi seperti IK. Usahawan internet yang berjaya. Boleh main gitar dan ada band sendiri walaupun sekadar hobi. Jualan FAF di Kajang dulu pun hampir 80% adalah kerana sumber dari internet. Maknanya pelanggan mendapat maklumat dari dalam talian. Memang kuat sebenarnya peranan internet ni dalam pemasaran. Sebenarnya saya sendiri ada gitar juga. Pernah juga hafal cord lagu, boleh petik sket-sket tapi semua dah lupa sejak saya terlalu sibuk dengan cendawan. Tapi saya memang berkeinginan sangat belajar balik. Lagi pertama nak belajar "And Actually" hehehe... Bak kata FBI dalam Hot FM AM Krew.... Tajuk betul... Dan Sebenarnya dari Yuna... Tapi tu lagi cinta. Mungkin lebih baik saya cuba lagu ni. Lagi bagus kan.

Moga kita sama-sama memotivasikan diri kita untuk menjadi "somebody from nobody".

p/s: Kulat Corner (our mushroom kiosk) akan mula di buka pada bulan ni. InsyaAllah sebelum bulan puasa. Jemput singgah merasa cendawan goreng. Produk lain bakal menyusul selepas itu.




"REACHING HIGHER"

Looking back
To the times I had
I never knew I'd come this far
Away...

Here I am
Ain't turning back again
The dream I had seems so close
To me...

I will fight
Everytime I fall
And one night
You'll see me standing tall

I'm reaching for the sky
I'll raise the stakes
I'll make mistakes
But I'll do it my way

I'm reaching for the stars
I'm not afraid
I will not break
No matter what they say to me

I'll fly you there
I'll fly you there

I'm reaching for the sky
I'll take my stance
I'll grab this chance
With all my heart and soul

I'm reaching higher... higher
Reaching for the stars

Comments

Popular posts from this blog

KOS YANG TERLIBAT DALAM MENGHASILKAN 7000 BEG CENDAWAN

Mengapa saya memilih 7000 beg cendawan bagi mengira kos? Bukan 100.. bukan 500.. bukan 1000 dan juga bukan 5000?
Ia adalah kerana bagi menghasilkan 7000 beg cendawan, kita memerlukan 1 lori habuk kayu getah dari sebuah lori dengan muatan 3 tan. Bukan 3 tan habuk, tetapi lori 6 tayar dengan BTM adalah 3000 kg. Muatan habuk kayu bagi sebuah lori 3 tan hanya kira-kira 2000 kg sahaja.
Kos yang terlibat adalah seperti berikut  (harga bergantung lokasi) :
1. Habuk kayu getah (1 lori)                            : RM500.00 2. Dedak padi halus ( 200 kg)                          : RM240.00 3. Kapur pertanian  ( 1 guni)                            : RM30.00 4. Air                                                                 : RM10.00 5. VITAL (vitamin untuk cendawan 2 kotak)  : RM120.00 6. Plastik PP saiz 6'x11' (1.5 guni)                    : RM400.00 7. Set Penutup (7000 set)                                  : RM1400.00 8. Gas (12 tong gas)                                          : …

Penghantaran Beg/ Bongkah Cendawan Ke Seluruh Malaysia

Ramai yang menghubungi kami melalui telefon samada call atau mesej dan whatsap yang berminat mendapatkan beg cendawan dari kami. Walaupun lokasi kami nun jauh di Dungun Terengganu, pihak kami membekalkan beg ke seluruh Malaysia. Termasuk ke Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

Jika anda berminat untuk menjadi pengusaha cendawan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan, sila hubungi kami untu dapatkan harga terbaik. Kami bersedia membekal beg cendawan berkualiti dengan jaminan. 
Kami membekalkan 3 jenis cendawan iaitu: 1. Tiram Kelabu 2. Melati 3. Kukur/ Kulat Sisir




PROMOSI BEG @ BONGKAH CENDAWAN KUKUR

Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi. Tahukah anda permintaan cendawan meningkat 100% sewaktu bulan puasa???

Inilah peluang mencari duit raya dengan menjual cendawan kukur @ kulat sisir. Ia menjadi hidangan berbuka puasa yang menggamit nostalgia masa kecil di kampung dan sungguh menyelerakan.

Dengan harga promosi terendah di pasaran. Sila whatsap untuk mendapatkan harga promosi ini.

0126221149

0126962114