Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2009

Kisah Bulan Ramadan

Salam ramadan buat semua....

Lamanya tidak menulis di sini. Agak sibuk menguruskan farm. Alhamdulillah pengeluaran cendawan di FAF agak baik di awal Ramadan. Paling tinggi setakat ini hampir mencecah 70 kg. Permintaan di bulan ramadan memang tinggi dari biasa. Ini disebab akan oleh surirumah lebih banyak memasak berbanding membeli makanan diluar. Inilah kata-kata pekedai yang membeli cendawan dari kami.

Bulan ni kami berjaya memenuhkan bangsal ke 4 kami. Jadi jumlah beg yang kami ada sekarang hampir 60,000 beg. Semua bangsal telah penuh buat masa ini. Bangsal pertama kami pula sudah mencecah tuaian terakhir. Seminggu selepas raya kami bercadang mengosongkannya bagi memasukkan beg-beg yang baru pula. Tapi selepas raya ni bangsal ke 4 juga bakal kosong semula disebabkan kami mendapat tempahan beg hampir 20,000 beg untuk bulan depan sahaja. Maknanya kerja-kerja bagging memang tak pernah selesai lah di ladang kami sekarang.

Ini adalah bulan Ramadan ketiga sejak saya bergelar pengusaha cend…

Pelajar Parktikal Dari Skill-Tech, Staff Baru dan Restoran

Pada bulan lepas, pihak kami telah menerima kehadiran 4 orang pelajar praktikal dari Institut Skill-Tech Melaka. Mereka adalah Mohd Syamil dari Melaka, Mohd Saidi dari Kuantan, Mohd Soffi dari Kemaman dan Kamaruddin dari Kelantan. Pihak kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran pelajar bagi menjalankan latihan praktikal di FAF. Yang penting adalah mereka menggunakan sepenuhnya peluang itu untuk menpelajari sebaik mungkin dan mempraktikan apa yang telah mereka pelajari di Institut.

Selain itu seorang bekas pelajar Skill-Tech yang pernah menjalani latihan di sini kira-kira 8 bulan yang lepas kini telah mula bekerja di FAF iaitu Ainuladha. Kami amat berbesar hati menerima kehadiran beliau sebagai salah seorang staff FAF yang baru. Selamat berkhidmat....

Restoran yang bakal di beri nama Fatisha Agro Farm Garden Restraunt (atau mungkin juga Fatisha Mushroom Garden Restraunt.. tengah pilih lagi.. :-D ) sudah 70% siap. Operasi sepenuhnya mungkin bermula selepas raya. Apa-apa pun tunggulah menu …