Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2009

PELAJAR PRAKTIKAL

Makluman kepada semua pelajar yang akan atau bakal menjalani latihan industri atau praktikal, pihak kami membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjalani latihan praktikal di sini. Semua jenis bidang yang diambil oleh pelajar tidak menjadi halangan sekiranya berbeza dari bidang pertanian kerana pihak kami juga menjalankan perniagaan makanan dan juga penternakan. Selain daripada cendawan, kami juga menjalankan aktiviti pertanian yang lain seperti tanaman pisang, sawi, napier, perternakan kambing dan juga menghasilkan baja kompos dari sisa-sisa cendawan seperti vermikompos dan bokashi. Pelajar dari bidang makanan amat digalakkan memohon kerana kami akan membuka kiosk cendawan tidak lama lagi. Begitu juga dengan pelajar dalam bidang bioteknologi yang mahir dalam bidang tisu kultur. Kepada yang berminat boleh menghubungi Rusila di talian 0126221149.

PERKEMBANGAN SEMASA

Pada minggu lepas, kami mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa projek pertanian di sebelah pantai barat. Tempat pertama yang kami singgah adalah ke tapak projek Nas Agro Farm di Kg. Jenderam Hulu. Ini bukanlah kali pertama kami ke sana. Tetapi sejak projek beliau telah berkembang pesat dari hanya tanaman cendawan sehinggalah sekarang menjalankan pelbagai projek seperti menghasilkan benih sendiri serta baja dan yang terbaru ternakan kambing, inilah kali pertama kami jejakkan kaki ke sana. Seronok melihat perkembangan sihat Nas Agro. Semoga projek kami di Kemaman ini akan mampu menjadi seperi itu juga. Di makmal tisu kultur Nas Agro Projek vermikompos Selepas itu kami ke Seri Kembangan melihat projek penghasilan baja kompos daripada hasil buangan sayur serta buah-buahan. Kapasiti penghasilan baja kompos di sini mencecah 20 tan sebulan. Kami sempat diberi taklimat bagaimana baja dihasilkan serta proses-proses yang terlibat dari awal ke akhir. Di kilang baja kompos Hari kedua kami k