Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2009

MAJALAH MASTIKA CURI GAMBAR DARI BLOG SAYA!!

Salam..... Selepas sahaja siap pek cendawan tadi, saya membaca majalah Mastika keluaran bulan Disember. Ia adalah keluaran terbaru. Saya bukan pembaca setia mastika, tetapi saya membacanya kerana staf saya membawanya tadi. Ia kepunyaan pekerja ladang kami. Saya hanya membelek-belek beberapa topik yang menarik. Tak semua saya membacanya. Tiba-tiba saya terpandang satu keping gambar yang saya cam sangat-sangat. Ia menunjukkan kaki seseorang yang berdarah. Dan ia sebenarnya adalah KAKI SAYA!!!! (Sila rujuk muka surat 121). Bagaimana gambar ini boleh berada di dalam majalah ni, bagi pembaca yang bijak pandai akan tahu lah etika majalah-majalah seperti ini. Tetapi isunya mengapa pihak penerbit tidak minta sebarang kebenaran dari pihak saya untuk menyiarkan gambar berkenaan? Bukan sekali perkara seperti ini terjadi sebenarnya. Pada saya sudah banyak kali juga orang mengambil sumber-sumber gambar dari sini dan menyiarkannya di blog mereka tanpa meminta kebenaran walau sepatah kata. Bagi oran

141108 - 141109

Salam buat semua... Tadi tiba-tiba terasa untuk melihat sms-sms lama ditelefon bimbit saya. Kebetulan saya menggunakan telefon bimbit lama saya berjenama LG tu (telefon baru NOKIA yang baru 3 bulan pakai jatuh masuk air.. hehehe). Ada satu MMS bertarikh 14 November 2008 dari rakan kongsi saya bagi projek tanaman cendawan di Kemaman ni yang masih saya simpan. Ia adalah gambar site clearence bagi tapak projek tersebut. Waktu itu saya masih di Kajang menguruskan farm di sana. Alhamdulillah setelah setahun, tanah bersemak-samun dengan pokok besar yang tinggi-tinggi berkeluasan 0.8 ekar itu kini telah berubah sepenuhnya dengan pembangunan projek cendawan yang masih belum sudah-sudah. Saya pula sudah sepenuh masa balik ke Kemaman. Kalau dulu bermula bulan November sehingga ke Jun saya berulang-alik balik dari Kajang ke Kemaman kerana menguruskan 2 tempat yang berlainan. Projek di Kajang telah ditutup operasi sepenuhnya pada bulan Jun yang lepas. Dan bermula bulan Mac saya pula berpindah ke K
26 Oktober Selepas kedatangan En Hassan ke Ladang kami tempoh hari, beliau telah mencadangkan lawatan ke CnC di Pagoh. Jadi kami ke sana pada tarikh 26 Oktober bersama wakil dari MARDI Seremban yang datang bersama wakil dari Mentah Resources. Dapatlah kami mengutip ilmu-ilmu yang tidak pernah akan habis kami pelajari. Buat pengetahuan semua CnC adalah pengeluar cendawan terbesar di Malaysia dengan pengeluaran hampir 5 tan sehari. Balik dari Johor, kami singgah ke Arra Mushroom di Ampang Tinggi. Ladang ini juga diuruskan oleh kaum Hawa. 23 - 24 Oktober Pihak FAF telah dijemput oleh Pejabat Pertanian Daerah Kemaman untuk membuka gerai jualan di booth Jabatan Pertanian di Karnival Apa Khabar Orang Kampung anjuran TV9 di Pantai Telok Kalong, Kijal Kemaman. Walaupun kesibukan menguruskan ladang, kami sempat juga menyertai karnival ini. Alhamdulillah pendapatan yang diperolehi amat-amat mengembirakan kami. Inilah orang kata penangan cendawan goreng FAF :). Rasa sekali mahu berkali-kali.... 2