Skip to main content
26 Oktober

Selepas kedatangan En Hassan ke Ladang kami tempoh hari, beliau telah mencadangkan lawatan ke CnC di Pagoh. Jadi kami ke sana pada tarikh 26 Oktober bersama wakil dari MARDI Seremban yang datang bersama wakil dari Mentah Resources. Dapatlah kami mengutip ilmu-ilmu yang tidak pernah akan habis kami pelajari. Buat pengetahuan semua CnC adalah pengeluar cendawan terbesar di Malaysia dengan pengeluaran hampir 5 tan sehari.

Photobucket

Photobucket



Balik dari Johor, kami singgah ke Arra Mushroom di Ampang Tinggi. Ladang ini juga diuruskan oleh kaum Hawa.


Photobucket

23 - 24 Oktober

Pihak FAF telah dijemput oleh Pejabat Pertanian Daerah Kemaman untuk membuka gerai jualan di booth Jabatan Pertanian di Karnival Apa Khabar Orang Kampung anjuran TV9 di Pantai Telok Kalong, Kijal Kemaman. Walaupun kesibukan menguruskan ladang, kami sempat juga menyertai karnival ini. Alhamdulillah pendapatan yang diperolehi amat-amat mengembirakan kami. Inilah orang kata penangan cendawan goreng FAF :). Rasa sekali mahu berkali-kali....

Photobucket

22 Oktober

Kami di FAF merasa amat bertuah dan berbesar hati menerima kedatangan Pengarah Pertanian Negeri Terengganu Tuan Haji Md. Yusof Maidin ke ladang kami pada tarikh tercatit. Kebetulan beliau berada di Kemaman menghadiri mesyuarat jadi Pegawai Pertanian Daerah Kemaman En Ahmad Saif telah mengajak beliau singgah sebentar ke sini. Kami sempat menjamu rombongan beliau cendawan goreng menggunakan resepi ciptaan sendiri.

Photobucket

20 Oktober

Hasil surat yang kami hantar kepada Pengarah Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi Mardi, Dato’ Dr. Hj. Masri B Muhamad, kami menerima kedatangan En Hassan dari MARDI Serdang dan Puan Rohani dari MARDI Kuala Terengganu. Masing-masing adalah pegawai yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang penanaman cendawan dan juga penghasilan produk makanan. Hampir setengah hari berbincang dan berkongsi maklumat mengenai cendawan dan juga produk hiliran yang bakal dihasilkan oleh pihak kami.

Photobucket

Photobucket

Comments

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi