Skip to main content

MAJALAH MASTIKA CURI GAMBAR DARI BLOG SAYA!!

Salam.....

Selepas sahaja siap pek cendawan tadi, saya membaca majalah Mastika keluaran bulan Disember. Ia adalah keluaran terbaru. Saya bukan pembaca setia mastika, tetapi saya membacanya kerana staf saya membawanya tadi. Ia kepunyaan pekerja ladang kami.

Saya hanya membelek-belek beberapa topik yang menarik. Tak semua saya membacanya. Tiba-tiba saya terpandang satu keping gambar yang saya cam sangat-sangat. Ia menunjukkan kaki seseorang yang berdarah. Dan ia sebenarnya adalah KAKI SAYA!!!! (Sila rujuk muka surat 121).

Bagaimana gambar ini boleh berada di dalam majalah ni, bagi pembaca yang bijak pandai akan tahu lah etika majalah-majalah seperti ini. Tetapi isunya mengapa pihak penerbit tidak minta sebarang kebenaran dari pihak saya untuk menyiarkan gambar berkenaan?

Bukan sekali perkara seperti ini terjadi sebenarnya. Pada saya sudah banyak kali juga orang mengambil sumber-sumber gambar dari sini dan menyiarkannya di blog mereka tanpa meminta kebenaran walau sepatah kata. Bagi orang lain pun sama. Cuma banyak pihak yang hanya berdiam diri. Sama seperti kawan-kawan saya yang lain pernah juga mengalaminya.

Walau apapun, glamer juga lah blog saya ni. Sampai gambar kaki saya pun orang minat nak ambil. Pada editor majalah, sila ambil perhatian......... Harap Maklum.......


sila rujuk post ini untuk lihat kisah kaki saya ni.......

KLIK DI SINI

KLIK DI SINI

Comments

azim said…
Hi kak.. mmg banyak kes cm ni.. mmg silap kita juga sebenarnya. kita pn nak marah org yang buat dajal kat kita pn, takda dpn mata.. dr pengalaman sy, kalau kita ada publish gambar, seeloknya kita letakkan watermark pada gambar tu. jd kalau ade pihak ke 3 pn yang ambil, kita pn dapat kredit dr gambar tu.. sekian.

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi