Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2009

Tahniah Mohd Zafril!!!

Tahniah diucapkan kepada Mohd Zafril Mohd Zuslaini yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA di Laos yang lalu. Kami warga FAF amat berbangga dengan kejayaan tersebut. Sambutan telah diadakan di Fatisha Mushroom Garden Cafe pada 21 Disember lepas bagi mengiringi kejayaan beliau itu. Dapat lah juga mempromosikan kafe kami juga. Semoga beliau akan lebih berusaha untuk lebih dalam bidang sukan dan mencuba untuk mendapatkan pingat dalam sukan olimpik pula... Bersama Zafril ataupun lebih mesra dengan nama Angah... yang pakai baju tu putih ni Chef Edy... dialah yang menyediakan menu istimewa di kafe kami... Hj Zul tengah bagi ucapan pembukaan... Yang ni antara menu istimewa kami... Pizza Cendawan....

PELAJAR PRAKTIKAL

Salam.. 7/12 yang lalu, FAF telah menerima 3 orang pelajar praktikal dari jurusan Ijazah Sarjana Muda Pemasaran, Uitm Dungun. Mereka ialah Nurul Shuhida (ida), Siti Asma (as) dan Najihah(jie).Ketiga-tiga mereka dari jurusan yang sama. Tempoh praktikal mereka di sini selama 4 bulan atau lebih tepat 100 hari bekerja. Saya harap, mereka dapatlah belajar sesuatu di FAF ini dan memberikan mereka pengalaman baru bukan sahaja sebagai pelengkap tesis di semester akhir mereka,tapi sebagai ilmu yang mendedahkan mereka kepada situasi bekerja yang sebenar.