FAF telah jemput oleh Pejabat Pertanian Daerah Kemaman menyertai Pekan Budaya Daerah Kemaman bulan lepas. Sempat la kami membuat sedikit promosi jualan cendawan goreng dan juga cendawan segar. Alhamdulillah sambutan yang diterima amat mengalakkan. Pelanggan berbaris nak membeli cendawan goreng. Yang menggorengnya saya lah. Kakitangan ada 3 orang pun belum cukup dan melayan pelanggan yang berduyung tiba. InsyaAllah tak lama lagi, bagi yang nak merasa boleh terus ke ladang kami kerana kiosk jualan akan siap tidak lama lagi. Segala produk cendawan akan dijual di kiosk tersebut.
Tengah sibuk menggoreng... Periuk elektrik ni Pejabat Pertanian Taja... :)
Bersama Puan Jamaliah... Staf PPD yang selalu berhubung dengan pihak FAF....
Kedatangan Exco usahawan Dato' Mohamad Awang Tera ke Booth Jabatan... Merasa jugak cendawan goreng FAF...
Pelanggan menunggu cendawan goreng...
Friday, July 24, 2009
FAF di Booth Jabatan Pertanian Sempena Pekan Budaya Daerah Kemaman
Thursday, July 23, 2009
Terima Kasih Daun Keladi
Wednesday, July 8, 2009
Program di Read Malaysia
Terlambat update. Saya masukkan sedikit tentang program di Read Malaysia pada awal bulan lepas. Saya telah dijemput oleh pihak PTS untuk memberi sedikit taklimat tentang penanaman cendawan bagi mempromosikan buku Buat Duit Dengan Cendawan di mana saya adalah penulis bersama. Sepatutnya ia diadakan dahulu di Pameran Buku Antarabangsa di PWTC. Tetapi ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu. Alhamdulillah berjaya juga dijalankan pada program kali ni.
Bagi sesiapa yang belum mendapatkan buku ini, sila ke kedai-kedai buku berhampiran tempat anda untuk membelinya. Harga hanya RM13.50. Cetakan kedua akan mempunyai penambahan gambar yang lebih jelas. 

Sunday, July 5, 2009
Perkembangan Terbaru
Saya tak sempat update blog kebelakangan ni kerana terlalu sibuk. Jadi gambar mungkin boleh menerangkan segalanya. Tetapi insyaAllah saya akan mencuri masa untuk menulis sesuatu di sini.
Perkembangan di FAF
Mei
- Menyertai Read Malaysia di MIECC
- Penambahan 2 unit bangsal baru yang berkos rendah
Jun
- Hasil pertama di FAF Kemaman adalah pada 10 Jun
- Pasaran di sekitar Bandar Chukai iaitu di pasar, kedai-kedai runcit dan pasaraya
- Dijemput oleh Pejabat Pertanian Daerah Kemaman menyertai Pekan Budaya daerah Kemaman
- Pembinaan kiosk
Julai
- Akan mengadakan kursus pertama pada 18 Julai 2009.
Bangsal baru... Ni gambar bulan lepas... Dah hampir siap sebenarnya... Saya akan masukkan gambar terbaru nanti... Bangsal bajet rendah...
Ni la cendawan keluaran FAF... Cantik tak packagingnya..?
Tapak kiosk...InsyaAllah lepas raya beroperasi la...Dah naik tiang... Lantai pun siap dah... Ni gambar masa ukur tapak...
Pengeluaran cendawan di FAF...
Lawatan dari bekas peserta kursus.. Jauh datang satu keluarga... Dari Negeri Sembilan...
My 28th birthday... sambut kat farm je..hehehe... 
Kekurangan habuk kayu.. Terpaksa la pergi angkut sendiri... Masa balik kena tahan polis... Sib baik la tak kena saman.. hehehe...
Thursday, July 2, 2009
Pekerja Sambilan di Perlukan (Kemaman, Terengganu)
Kami memerlukan pekerja sambilan di ladang cendawan kami di Kemaman. Berminat boleh hubungi saya di talian 0126221149 untuk maklumat lanjut.
















