Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010

Kursus Teknologi Cendawan di Kompleks Pertanian Ajil

Pada 2hb Mac yang lepas, saya dan Asma iaitu pelajar praktikal ditempat saya telah menyertai Kursus Cendawan bagi pengusaha cendawan di Negeri Terengganu. Tanpa sebarang surat undangan, saya ke sana juga kerana minat yang tinggi untuk mendengar sendiri ceramah dari Pakar Cendawan yang tidak asing lagi iaitu Puan Normah Ibrahim yang kini menjadi konsultan kerana sudah bersara kira-kira satu bulan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Walaupun sebelum ini sudah beberapa kali bertemu beliau semasa saya masih menjalankan projek cendawan ini di Kajang, namun inilah kali pertama beliau mengadakan ceramah mengenai cendawan di Negeri Terengganu. Oleh sebab itu saya tidak mahu ketinggalan untuk menyertainya. Kursus selama satu hari itu banyak memberi pendedahan kepada saya mengenai dunia cendawan ini yang sentiasa perlu dipelajari dari masa ke semasa. Mungkin bagi yang mengenali saya yang sudah biasa menganjurkan kursus sendiri, namun bagi saya tidak salah untuk kita belajar dan te

Fatisha Mushroom Garden Cafe

Alhamdulillah sudah hampir 4 bulan kafe beroperasi, sambutan yang diterima amat menggalakkan. Hampir setiap malam, pelanggan menunggu untuk mendapatkan meja kerana penuh. Selain menu cendawan goreng, popia cendawan, pizza cendawan dan lain-lain makanan berasaskan cendawan, kafe kami juga menyediakan masakan barat seperti chicken chop, lamb chop dan lain-lain masakan istimewa yang pasti menyelerakan. Kini kami di dalam proses untuk membesarkan lagi operasi dengan menambah ruang untuk pelanggan menikmati hidangan setiap hari. Silalah berkunjung ke kafe kami yang sentiasa akan memberikan menu yang istimewa buat pelanggannya.... Sekiranya ada pelajar dari bidang culinary berminat untuk menjalani latihan praktikal di kafe kami, kami amat mengalu-alukannya...