Skip to main content

Kursus Teknologi Cendawan di Kompleks Pertanian Ajil

Pada 2hb Mac yang lepas, saya dan Asma iaitu pelajar praktikal ditempat saya telah menyertai Kursus Cendawan bagi pengusaha cendawan di Negeri Terengganu. Tanpa sebarang surat undangan, saya ke sana juga kerana minat yang tinggi untuk mendengar sendiri ceramah dari Pakar Cendawan yang tidak asing lagi iaitu Puan Normah Ibrahim yang kini menjadi konsultan kerana sudah bersara kira-kira satu bulan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Walaupun sebelum ini sudah beberapa kali bertemu beliau semasa saya masih menjalankan projek cendawan ini di Kajang, namun inilah kali pertama beliau mengadakan ceramah mengenai cendawan di Negeri Terengganu. Oleh sebab itu saya tidak mahu ketinggalan untuk menyertainya.

Kursus selama satu hari itu banyak memberi pendedahan kepada saya mengenai dunia cendawan ini yang sentiasa perlu dipelajari dari masa ke semasa. Mungkin bagi yang mengenali saya yang sudah biasa menganjurkan kursus sendiri, namun bagi saya tidak salah untuk kita belajar dan terus belajar bagi menambah ilmu yang sedia ada. Kata orang, semakain banyak yang kita tahu, semakin kita sedar yang semakin banyak juga yang kita tidak tahu.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Puan Normah Ibrahim yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami semua sepanjang kursus ini berjalan. Semoga semua peserta mendapat manfaat daripada kursus tersebut.

Persatuan Cendawan Negeri Terengganu

Mungkin bagi yang tidak pergi ke kursus ini, pasti tidak akan tahu mengenai persatuan ini. Idea penubuhan persatuan ini dicetuskan oleh Puan Normah yang mahu kami pengusaha cendawan di negeri Terengganu dapat bergerak dengan mudah dan dapat bekerjasama bagi manfaat semua pengusaha.

Saya sendiri pun tidak menjangka apabila tiba-tiba nama saya dan Lutfi disebut oleh Puan Hajah Zaimah sebelum berhenti untuk waktu rehat. Beliau menyatakan yang kami berdua akan memberi sedikit taklimat mengenai persatuan tersebut. Terkejut juga dengan pelawaan tersebut tapi kami menerimanya dengan lapang hati.

Selapas usai waktu rehat dan kursus disambung semula, kami diberi masa kira-kira 30 minit untuk membincangkan mengenai perkara tersebut dan seterusnya pelantikan jawatankuasa bagi persatuan tersebut. Dan senarai di bawah ini adalah antara hasil mesyurat pendek kami pada hari tersebut.


PENGERUSI: En Mohd Lutfi b Mohd Arshad
TIMBALAN PENGERUSI: Cik Rusila Bt Yusof
BENDAHARI: Pn Hamidah Bt Yusof
SETIAUSAHA: En Hajarul Ikhwan B Jaafar
AHLI JAWATANKUASA:
KEMAMAN
Pn Hassaniah Bt Omar
KUALA TERENGGANU
En Mohd Hadi B Awang
HULU TERENGGANU
En Mohd Alfitri B Ismail
MARANG
En Ali B Abdullah
BESUT
Pn Che Noriza Bt Nor
SETIU
En Wan Zakaria B Wan Embong
DUNGUN
En Erwan

Comments

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi