Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

Pembinaan Kiosk Di Kg Dadong

Dua hari lepas saya menyelesaikan urusan meratakan tanah di depan bangunan pusat pemasaran milik PPK Kemaman di Kg Dadong, Jalan Air Putih Kemaman. Kerja pembinaan kiosk tertangguh sekian lama kerana masalah elektrik masih belum disambung lagi ke bangunan tersebut. Oleh kerana kiosk ini sepenuhnya diperbuat daripada besi, jadi nak welding kena lah ada elektrik kan... Pagi tadi kami menerima panggilan dari PPK yang meminta kami membuka pintu pagar kerana TNB telah datang ke sana untuk proses sambungan. Sambil pergi buka cari, saya carilah jentolakuntuk meratakan tanah sekali. Tanah dan bangunan tersebut disewakan kepada kami oleh PPK Kemaman bagi menjalankan pelbagai projek seperti tanaman tebu, sayur taomio, cendawan, penghasilan mesin bagi penanaman cendawan serta projek penghasilan produk hiliran berasaskan cendawan seperti sos cendawan cili dan sos cendawan lada hitam, popia cendawan, mee cendawan, tepung berempah dan lain-lain produk yang masih dalam kajian. Pada masa kini penghas

Kursus Penghasilan Benih Cendawan Kaedah Tisu Kultur

Pada 11 - 13 Mei yang lalu, saya dan staf saya Fyda telah menjalani kursus Peringkat I penghasilan benih cendawan di lab kami sendiri di Kg Ibok. Kursus ini dibimbing oleh En Hassan Wagiran pegawai dari MARDI Serdang. Selain kami ia juga disertai oleh 3 orang lagi iaitu Hj Wahab dari MARDI Serdang juga, En Abdillah dan En Samsuddin dari MARDI Sg Baging. Namun pegawai-pegawai MARDI yang lain hanya datang pada hari pertama sahaja. Mungkin hanya ingin melihat sendiri penguasa cendawan pertama dari Pantai Timur yang memiliki dan menghasilkan benih cendawan sendiri. Alhamdulillah kursus berjalan lancar selama 3 hari tersebut. Kalau dikira, persiapan saya untuk kursus ini mengambil masa kira-kira 5 bulan juga. Bermula dengan saya mengumpulkan barang-barang makmal, membaiki bangunan yang diberikan oleh Jabatan Pertanian untuk mengubahnya menjadi sebuah makmal dan sehinggalah pada hari kehadiran En Hassan ke tempat kami. Sehari sebelum En Hassan datang, kami masih mencari barang-barang keperlu

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN

KURSUS DI KEMAMAN TARIKH: 5 JUN 2010 MASA : 8.30am - 5.30pm TEMPAT: LOT 4595 KG PENGKALAN PANDAN LUAR, 24000 CHUKAI, KEMAMAN, TERENGGANU. LANDMARK - SEKOLAH MENENGAH BUKIT MENTOK, TAMAN SRI JAYA. YURAN: RM200 PENDAFTARAN: SILA HUBUNGI FYDA- 0176624083

PROMOSI JUALAN MESIN PENANAMAN CENDAWAN

SEMPENA PEMBUKAAN KILANG IKS PEMPROSESAN PRODUK HILIRAN DAN JUGA MESIN PENANAMAN CENDAWAN FATISHA AGROTECH DI DADONG JALAN AIR PUTIH KEMAMAN PADA BULAN MEI INI, KAMI AKAN MENGADAKAN JUALAN PROMOSI MESIN-MESIN KELUARAN KAMI. SEKIRANYA TEMPAHAN DIBUAT PADA BULAN INI, POTONGAN 3 - 5% AKAN DIBERIKAN BAGI SEMUA MESIN KELUARAN SYARIKAT KAMI. HARAP MAKLUM...