Powered By

Sila "bookmark" blog ini menggunakan Social Bookmark kegemaran anda:

Powered by Blogger

Monday, October 25, 2010

Lawatan Peserta PROJECT PLANNING AND MANAGEMENT (MTCP)






Pada pagi selesa lepas, saya menerima panggilan dari Pegawai Pertanian Daerah Kemaman, En Ahmad Saif bagi memaklumkan tentang bolehkan pihak saya menerima lawatan adhoc peserta MTCP pada pagi ini juga yang sedang menjalani lawatan sosial ke projek pertanian di sekitar daerah Kemaman. Peserta-peserta MTCP adalah kakitangan kerajaan dari beberapa negara seperti Nigeria, Brunei, Myamar, Oman, dan lain-lain negara yang saya kurang pasti. Mereka sebenarnya sedang berkursus di INTAN Kemaman. Walaupun tiada persediaan, saya tetap juga menerima lawatan tersebut dengan hati yang terbuka.

Lawatan ini adalah satu pendedahan kepada peserta-peserta tersebut mengenai projek pertanian yang mungkin boleh diterokai oleh mereka di negara mereka suatu hari nanti. Apa-apapun terima kasih buat semua kerana sudi singgah di ladang kami.

No comments: