Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

FATISHA AGRO FARM 2013

Begitu lama saya meninggalkan blog ini kerana kesibukan menguruskan projek. Saya memohon maaf kerana telah lama tidak berkongsi coretan mengenai projek cendawan ini. Hari ini saya mengambil keputusan untuk memulakan langkah bagu bagi mengemaskini perkembangan projek cendawan saya. SETELAH 6 TAHUN BERLALU... Kini dan sekali lagi, Fatisha Agro Farm telah berpindah ke tapak baru di bandar persis desa aman permai Bandar Al Muktafi Billah Shah di daerah Dungun, Terengganu. Kami mula berpindah ke tapak baru pada bulan Mac 2013 setelah 4 tahun bertapak di Kg Pengkalan Pandan Chukai, Kemaman, Terengganu bermula pada hujung tahun 2008. Perpindahan ini berlaku setelah kami memperolehi hadiah kemenangan geran Rural Business Challenge (RBC) pada tahun 2012. Kami memperolehi hadiah saguhati dengan nilai geran berjumlah RM500,000.00.  PENGELUARAN CENDAWAN SEGAR & PENJUALAN BEG  Proses pembinaan di sini berlaku begitu pantas. Terdapat 5 unit rumah cendawan yang boleh memuatkan 15,000 beg