Skip to main content

FATISHA AGRO FARM 2013

Begitu lama saya meninggalkan blog ini kerana kesibukan menguruskan projek. Saya memohon maaf kerana telah lama tidak berkongsi coretan mengenai projek cendawan ini. Hari ini saya mengambil keputusan untuk memulakan langkah bagu bagi mengemaskini perkembangan projek cendawan saya.

SETELAH 6 TAHUN BERLALU...

Kini dan sekali lagi, Fatisha Agro Farm telah berpindah ke tapak baru di bandar persis desa aman permai Bandar Al Muktafi Billah Shah di daerah Dungun, Terengganu. Kami mula berpindah ke tapak baru pada bulan Mac 2013 setelah 4 tahun bertapak di Kg Pengkalan Pandan Chukai, Kemaman, Terengganu bermula pada hujung tahun 2008. Perpindahan ini berlaku setelah kami memperolehi hadiah kemenangan geran Rural Business Challenge (RBC) pada tahun 2012. Kami memperolehi hadiah saguhati dengan nilai geran berjumlah RM500,000.00.

 PENGELUARAN CENDAWAN SEGAR & PENJUALAN BEG

 Proses pembinaan di sini berlaku begitu pantas. Terdapat 5 unit rumah cendawan yang boleh memuatkan 15,000 beg setiap satu unit rumah. Kami masih memfokuskan kepada penghasilan beg dan penjualan hasil cendawan segar. Pengeluaran pertama bermula pada bulan Ramadan iaitu bulan Julai 2013. Hasil cendawan yang diperolehi mencecah 100 kilo sehari. Dalam pada itu, kami juga membantu orang perseorangan untuk menjalankan projek cendawan dengan menjual beg kepada mereka. USAHAWAN BELIA KIOSK Bagi memberi peluang perniagaan kepada belia-belia desa, seperti yang telah kami janjikan seperti yang terkandung di dalam Pelan Perniagaan sewaktu memohon geran RBC, pihak kami mewujudkan usahawan kiosk cendawan goreng di bawah jenama

KIOSK FATISHA CENDAWAN CORNER (KFCC).

Setakat ini kami telah melahirkan 6 orang usahawan KFCC di sekitar negeri Terengganu dan Pahang. InsyaAllah tidak lama lagi, KFCC akan sampai ke Negeri Perak. Selain dari kiosk cendawan goreng, kami juga menawarkan kiosk minuman kesihatan iaitu KIOSK FATISHA HOT & BLENZ (KFHB) yang menjual produk minuman kesihatan yang lazat berasaskan cendawan ganoderma dan collagen. KFHB ini baru dilancarkan dan masih di dalam proses promosi secara berterusan. Setakat ini dahulu kemaskini dari kami. InsyaAllah akan kami maklumkan dari masa ke semasa perkembangan pihak kami.

Comments

Anonymous said…
Tahniah. Lama menyepi rupanya rezeki bertambah. :)
proyek ini berlangsung sejak kapan kak?
nurlailatulkhasanah@student.ipb.ac.id
mashelas said…
Congrates & Keep up the good work, Fatisha! :)
Nur Fatihah said…
assalamualaikum..sya nak bertanya dekat sini terima pelajar untuk membuat praktikal tak?
Nur Fatihah said…
assalamualaikum..sya nak bertanya dekat sini terima pelajar untuk membuat praktikal tak?

Popular posts from this blog

KOS YANG TERLIBAT DALAM MENGHASILKAN 7000 BEG CENDAWAN

Mengapa saya memilih 7000 beg cendawan bagi mengira kos? Bukan 100.. bukan 500.. bukan 1000 dan juga bukan 5000?
Ia adalah kerana bagi menghasilkan 7000 beg cendawan, kita memerlukan 1 lori habuk kayu getah dari sebuah lori dengan muatan 3 tan. Bukan 3 tan habuk, tetapi lori 6 tayar dengan BTM adalah 3000 kg. Muatan habuk kayu bagi sebuah lori 3 tan hanya kira-kira 2000 kg sahaja.
Kos yang terlibat adalah seperti berikut  (harga bergantung lokasi) :
1. Habuk kayu getah (1 lori)                            : RM500.00 2. Dedak padi halus ( 200 kg)                          : RM240.00 3. Kapur pertanian  ( 1 guni)                            : RM30.00 4. Air                                                                 : RM10.00 5. VITAL (vitamin untuk cendawan 2 kotak)  : RM120.00 6. Plastik PP saiz 6'x11' (1.5 guni)                    : RM400.00 7. Set Penutup (7000 set)                                  : RM1400.00 8. Gas (12 tong gas)                                          : …

Kursus Intensif Tanaman Cendawan Tiram Kelabu Anjuran Fatisha Agro Farm

Tahukah anda, tanaman cendawan adalah antara salah satu jenis sayur yang boleh dikomersialkan walau hanya sekadar diusahakan di kawasan rumah anda? Inilah peluang untuk anda menambah pendapatan.

 Setelah hampir 8 tahun berpindah ke Terengganu, kini Fatisha Agro Farm akan memulakan semula kursus cendawan secara intensif di Rantau Negeri Sembilan. Kursus akan dijalankan seperti di bawah.




Tarikh Pilihan: 8 Julai/ 15 Julai/ 22 Julai/ 29 Julai 2017

Tempat: AgroYin Mushroom Farm, Rantau, Negeri Sembilan

Yuran Penyertaan: RM300

Masa: 10 am - 5 pm

Sijil, beg @ bongkah cendawan, nota kursus dan makan tengahari disediakan.

Apa anda akan pelajari melalui kursus ini:

1. Cara membuat beg cendawan dari A - Z
2. Mengukus beg cendawan dengan menggunakan SOP yang betul.
3. Menyuntik benih.
4. Menjaga/menguruskan beg cendawan sewaktu proses penuaian hasil.
5. Merekod dan mengira purata hasil.

Whatsapp "KURSUS RANTAU" ke 0126221149

Whatsapp "KURSUS RANTAU" ke 0126221149

Whatsapp &q…

Penghantaran Beg/ Bongkah Cendawan Ke Seluruh Malaysia

Ramai yang menghubungi kami melalui telefon samada call atau mesej dan whatsap yang berminat mendapatkan beg cendawan dari kami. Walaupun lokasi kami nun jauh di Dungun Terengganu, pihak kami membekalkan beg ke seluruh Malaysia. Termasuk ke Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

Jika anda berminat untuk menjadi pengusaha cendawan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan, sila hubungi kami untu dapatkan harga terbaik. Kami bersedia membekal beg cendawan berkualiti dengan jaminan. 
Kami membekalkan 3 jenis cendawan iaitu: 1. Tiram Kelabu 2. Melati 3. Kukur/ Kulat Sisir