Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

Testimoni Kit GYOMi

Alhamdulillah!!! Semakin banyak testimoni diterima..... Ramai yang seronok dan teruja dapat tanam cendawan di rumah sendiri. Melihat cendawan segar yang membesar di depan mata membuat hati rasa tidak sabar untuk melihat tiap saat pembesarannya. hihihi.. Macam tengok anak membesar pula... :) Yang pasti kesegaran terjamin dan pasti membuka selera!!!!

Suasana Yang Bakal Berubah

Ini adalah wajah farm kami 2 tahun lepas.... Kini ia akan berubah sekali lagi... Nantikan ia akan kami update dalam masa terdekat.... Sesungguhnya kejayaan itu tidak datang dalam sekelip mata. Kami mengambil masa 6 tahun untuk menjadi seperti ini.... Bagaimana kami mengembangkan perniagaan dari modal RM500.00 sehingga ke RM500ribu mempunyai cerita yang amat panjang. mungkin pembaca setia blog ini tahu bagaimana saya dulu.... Bezanya ia dengan kini.... Seperti lagu Terbang Tunduk nyanyian Fynn Jamal.... Tuhan, jangan kau izin aku lupa jangan kau biarkan aku mendepang dada pasakkan hatiku pada kaki paksakan ku tunduk sehingga mati.....

TIPS CENDAWAN GORENG RANGGUP!!!!

Ramai yang bertanya kepada kami, kenapa mereka goreng tidak menjadi. Ada sampai fikir kami goreng menggunakan tepung yang berbeza dengan tepung berempah FATISHA yang kami jual. Sebenarnya ia SILAP!!!! Ini adalah tips bagaimana mengoreng cendawan dengan RANGGUP dan tidak melekat!!! 1. Tepung goreng tidak perlu dicampur dengan air. Gunakan tepung dalam keadaan kering terus dari plastik. 2. Pastikan cendawan yang telah dibasuh diperahkan terlebih dahulu. Air di dalam cendawan boleh menyebabkan bancuhan menjadi basah dan melekit-lekit. 3. Taburkan tepung kering di atas cendawan dan gaulkan sehingga rata. Pastikan tepung diletak cukup-cukup sahaja dan seluruh bahagian cendawan disaluti tepung. 4. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan cendawan yang telah dibancuh bersama tepung. 5. Goreng selama 2 ke 3 minit, angkat dan toskan cendawan goreng. Pastikan anda menggunakan Tepung Goreng Berempah FATISHA bagi menjamin rasa dan keranggupan serta khasiat tanpa batas

Jualan Cendawan Goreng di Politeknik Muadzam Shah (PMS)

Seperti biasa saban tahun, PMS menjadi lokasi kami menjual dan memperkenalkan cendawan goreng yang sentiasa menjadi perhatian ramai. Kami menggorengnya dengan menggunakan tepung yang dihasilkan dikilang kami sendiri di Bandar Al Muktafi Billah Shah.... Ia adalah tepung goreng berempah yang dihasilkan daripada rempah terpilih yang pasti membuka selera anda.... Di sini kami kongsikan bagaiman menggoreng cendawan dengan menggunakan tepung ini agar gorengan anda ranggup dan tidak melekat... Cara-Cara Menggoreng Cendawan 1. Panaskan minyak terlebih dahulu. Kerana cendawan perlu digoreng dengan minyak yang sangat panas. 2. Basuh cendawan segar dan toskan airnya. Jika cendawan terlalu basah kerana kadar serapan air pada cendawna amat tinggi, perah cendawan agar airnya turun. 3. Ambil Tepung Goreng Fatisha dah gaulkan pada cendawan tersebut. Tepung tidak perlu di campur air. 4. Gaulkan sehingga rata dan mengikut ketebalan yang anda suka. 5. Masukkan cendawan ke dalam minyak yang pana

KIT GYOMI TERHANGAT DI PASARAN!!!!

JANGAN LUPA DAPATKAN KIT CENDAWAN YANG COMEL INI!!!!!

Resepi Sup Cendawan

Resepi ni di petik dari blog www.aziejaya.blogspot.my Sup Cendawan Tiram Oleh: Azie Kitchen Bahan bahan: 2 paket cendawan - carik 4 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih Fish ball atau ikan bilis atau udang Garam Sedikit lada putih - tumbuk Sedikit cili merah hiris Daun sup - tak letak Bawang goreng  Cara cara: Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih yang dihiris. Setelah kekuningan masukkan ikan bilis atau udang atau apa apa yang disukai. Kemudian tuangkan air secukupnya untuk dijadikan kuah. Setelah mendidih, masukkan cendawan, garam dan serbuk lada putih. Taburkan cili merah dan daun bawang. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Akhir sekali, tabur bawang goreng. Selamat mencuba....