Apabila anda membeli beg cendawan samaada untuk kegunaan sendiri ataupun untuk memulakan perniagaan, disini saya sertakan panduan agar anda tidak serik untuk menjalankan projek cendawan sebagai satu cabang untuk menambah pendapatan.
1. Pastikan anda bertanya tempoh matang sesuatu beg cendawan itu. Kerana tidak semua beg akan dihantar dalam keadaan matang.
2. Walaupun telah dimaklumkan ianya adalah beg matang, ia tidak bermakna beg itu akan mengeluarkan cendawan secepat yang mungkin.
3. Pastikan anda bertanya mengenai jenis benih yang digunakan. Samada ia benih 30 hari, 45 hari atau 60 hari. Setiap benih menghasilkan cendawan yang berbeza.
4. Tanyakan juga asal benih tersebut. samaada ia keluaran tempatan atau dari negara jiran.
5. Selain itu anda juga boleh bertanya kepada penjual, apakah jaminan yang diberikan atas pembelian beg cendawan yang telah dijual. Belilah dari penjual yang memberi jaminan. ia akan menjamin yang anda pasti tidak akan kecewa apabila beg yang dibeli mengalami kerosakan dalam tempoh yang ditetapkan oleh penjual.
6. Ajukan soalan kepada penjual bilakan masa yang sesuai untuk beg tersebut di buka. ia akan menjawab secara automatik panduan no 1 di atas.
7. Minta sedikit tunjuk ajar bagaimana menjaga beg cendawan dengan betul.
8. Simpan segala rekod kerosakan dan hasil tuaian supaya anda dapat mengira jumlah keuntungan ataupun kerugian sekiranya ada,
Selamat Berjaya....
Untuk Tempahan beg Matang dengan JAMINAN,
Whatsapp "Beg RM1.25 " ke 0126221149
Whatsapp "Beg RM1.25 " ke 0126221149
Whatsapp "Beg RM1.25 " ke 0126221149
Comments