Pada 7hb Mei 2016 kami menjalankan taklimat ringkas tanaman cendawan di SK Tepus. Sekolah ini telah menjalankan projek cendawan sejak tahun 2014 lagi. Kini mereka menjalankan usahasama bersama kami bagi meneruskan projek ini.
Kami juga menghantar 1260 beg untuk projek cendawan di sekolah ini. Mereka hanya membeli 1000 beg sahaja. 260 beg diberikan secara percuma sebagai sokongan kami kepada projek ini.
Projek ini adalah susulan program CSR yang kami jalankan di mana kami telah memberikan Kursus Cendawan secara percuma kepada pelajar-pelajar dan para guru dari sekolah ini.
Comments