Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Sebarang Pertanyaan

Jika ada sebarang pertanyaan, sila terus whatsapp ke nombor 0126221149 Whatsapp sahaja. Untuk sebarang panggilan telefon akan diuruskan selepas perbincangan di whatsapp... Harap maklum... :)

Taklimat Projek Cendawan @ Sekolah

Pada 7hb Mei 2016 kami menjalankan taklimat ringkas tanaman cendawan di SK Tepus. Sekolah ini telah menjalankan projek cendawan sejak tahun 2014 lagi. Kini mereka menjalankan usahasama bersama kami bagi meneruskan projek ini. Kami juga menghantar 1260 beg untuk projek cendawan di sekolah ini. Mereka hanya membeli 1000 beg sahaja. 260 beg diberikan secara percuma sebagai sokongan kami kepada projek ini.  Projek ini adalah susulan program CSR yang kami jalankan di mana kami telah memberikan Kursus Cendawan secara percuma kepada pelajar-pelajar dan para guru dari sekolah ini.  Semoga projek mereka berjaya danhasil dijangkakan keluar pada bulan puasa ini. Gambar di bawah ini adalah sewaktu Program CSR dijalankan beberapa bulan yang lepas. Walau kini guru besarnya telah bertukar, guru besar baru meneruskan kesimbungan projek ini. Tahniah diucapkan!!!!

Penghantaran Beg Cendawan Ke Seluruh Malaysia

Pihak kami menyediakan penghantaran beg ke seluruh Malaysia. Tidak kira kuantiti. Nyatakan kuantiti dan kami akan berikan harga terbaik.... 2 hari lepas kami menghantar tempahan ke Puchong Perdana... Terima kasih atas pembelian En Muzammil...