Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2017

Bagaimana Memulakan Projek Tanaman Cendawan Kukur @ Kulat Sisir

Cendawan Kukur atau Kulat Sisir adalah projek cendawan yang TRENDING pada tahun 2017. Dijangkakan untuk tahun 2018, cendawan ini bakal mengambil alih cendawan tiram sebagai cendawan paling disukai ramai.  Ramai yang bertanya, bagaimana memulakan projek tanaman cendawan. Soalan biasa ditanya adalah: 1. Berapa modal yang diperlukan? 2. Luas kawasan? 3. Bagaimana ingin bermula? Kami ingin memberi sedikit perkongsian tentang soalan No 3... Kami jawab yang terakhir dulu.  "Bagaimana anda ingin bermula?"  Perkara Pertama yang perlu dan wajib anda ketahui adalah bagaimanakah cara menanamnya.... Ia boleh diperolehi dengan memulakan dengan bertanya kepada Pengusaha Cendawan Kukur. Ini adalah kerana mereka yang lebih arif tentang tanaman ini.  Cara lebih baik adalah menyertai kursus cendawan. Dari situ anda akan mendapat sedikit ilmu atau info berkaitan dengan projek cendawan yang akan anda mulakan.  Cari info terkini di laman web. Walaupun sebenarnya masih terl

PROMOSI BEG CENDAWAN KUKUR @ kulat sisir SEMPENA TAHUN 2018

Projek tanaman cendawan kukur.... Antara projek cendawan yang berpotensi tinggi pada masa kini. Ini adalah kerana, pengeluaran tempatan cendawan jenis ini masih rendah berbanding dengan tanaman cendawan tiram. Jika dibandingkan pengusaha cendawan tiram dan pengusaha cendawan kukur nisbahnya adalah dianggarkan 50:1. Sebagai contoh di negeri Terengganu sendiri pengusaha cendawan tiram dianggarkan mencecah 100 orang tetapi hanya SEORANG sahaja pengeluar utama cendawan kukur di Negeri Terengganu.  Pada pendapat kami, yang telah mengusahakan cendawan kukur bermula hujung tahun 2015, permintaan cendawan kukur segar ini adalah sangat tinggi terutamanya di Negeri2 sebelah selatan dan barat iaitu Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur. Ini merupakan suatu peluang kepada sesiapa yang berminat untuk mengusahakan projek ini.  Antara tips mengusahakan cendawan kukur adalah, i) mulakannya secara skala kecil. Kerana menanam cendawan kukur tidak seperti cendawan tiram. namun keleb