Skip to main content

Bagaimana Memulakan Projek Tanaman Cendawan Kukur @ Kulat Sisir

Cendawan Kukur atau Kulat Sisir adalah projek cendawan yang TRENDING pada tahun 2017. Dijangkakan untuk tahun 2018, cendawan ini bakal mengambil alih cendawan tiram sebagai cendawan paling disukai ramai. 

Ramai yang bertanya, bagaimana memulakan projek tanaman cendawan. Soalan biasa ditanya adalah:
1. Berapa modal yang diperlukan?
2. Luas kawasan?
3. Bagaimana ingin bermula?

Kami ingin memberi sedikit perkongsian tentang soalan No 3... Kami jawab yang terakhir dulu. 

"Bagaimana anda ingin bermula?" 

  • Perkara Pertama yang perlu dan wajib anda ketahui adalah bagaimanakah cara menanamnya.... Ia boleh diperolehi dengan memulakan dengan bertanya kepada Pengusaha Cendawan Kukur. Ini adalah kerana mereka yang lebih arif tentang tanaman ini. 
  • Cara lebih baik adalah menyertai kursus cendawan. Dari situ anda akan mendapat sedikit ilmu atau info berkaitan dengan projek cendawan yang akan anda mulakan. 
  • Cari info terkini di laman web. Walaupun sebenarnya masih terlalu kurang maklumat berkaitan dengan tanaman cendawan ini di online. Namun melalui atas talian inilah anda akan bertemu dengan pengusaha cendawan kukur di Malaysia. 


"Bagaimana pula dengan luas kawasan yang diperlukan?"

  • Diketahui ramai, cendawan antara projek atau bisnes yang boleh dimulakan dari rumah. Ini adalah kerana ruang yang diperlukan adalah kecil sahaja. Sebagai contoh untuk memuatkan 1000 beg kukur, anda hanya memerlukan kawasan seluas minima 10 kaki x 10 kaki sahaja. Sebaiknya 12 kaki x 14 kaki untuk lebih selesa. 
  • Formula mudah, untuk setiap 1 kaki persegi anda boleh memuatkan 8 - 10 beg cendawan.

"Modal macamana?"
  • Persoalan modal biasanya menjadi keutamaan. Sebenarnya modal memulakan projek tanaman cendawan kukur adalah rendah berbanding cendawan jenis lain. Ini adalah kerana cendawan kukur tidak memerlukan rak untuk meletakkan beg cendawan tersebut tidak seperti cendawan tiram kelabu. Beg cendawan kukur hanya perlu digantung menggunakan tali rafia sahaja. Anda digalakkan memulakan projek ini dengan modal kurang dari RM2000. Atau serendah RM390 sahaja!!!
  • Beli 100 beg termasuk pos... dan nota disertakan untuk memudahkan anda membuat rujukan. Syarikat kami menyediakan pakej ini jika anda ingin bermula secara kecil-kecilan. Sekiranya membeli dalam kuantiti yang banyak melebihi 500 beg, harga satu beg RM2.00 sahaja.
  • Untuk tahun baru 2018 kami ada promosi RM1,70 sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarata. Boleh hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Jika anda berminat memulakan projek cendawan ini dan memerlukan sebarang khidmat nasihat, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut di talian 0199842114... Sertakan nama dan lokasi pihak tuan/puan untuk memudahkan kami membuat sebarang sebut harga.

Comments

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi