Skip to main content

PROMOSI BEG CENDAWAN KUKUR @ kulat sisir SEMPENA TAHUN 2018

Projek tanaman cendawan kukur....

Antara projek cendawan yang berpotensi tinggi pada masa kini. Ini adalah kerana, pengeluaran tempatan cendawan jenis ini masih rendah berbanding dengan tanaman cendawan tiram. Jika dibandingkan pengusaha cendawan tiram dan pengusaha cendawan kukur nisbahnya adalah dianggarkan 50:1. Sebagai contoh di negeri Terengganu sendiri pengusaha cendawan tiram dianggarkan mencecah 100 orang tetapi hanya SEORANG sahaja pengeluar utama cendawan kukur di Negeri Terengganu. 

Pada pendapat kami, yang telah mengusahakan cendawan kukur bermula hujung tahun 2015, permintaan cendawan kukur segar ini adalah sangat tinggi terutamanya di Negeri2 sebelah selatan dan barat iaitu Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur. Ini merupakan suatu peluang kepada sesiapa yang berminat untuk mengusahakan projek ini. 

Antara tips mengusahakan cendawan kukur adalah, i) mulakannya secara skala kecil. Kerana menanam cendawan kukur tidak seperti cendawan tiram. namun kelebihan cendawan kukur adalah hasilnya cepat dan harganya mahal. Pengeluaran keseluruhan hasil beg cendawan kukur hanya mengambil masa satu (1) bulan sahaja dari tarikh ia mula ditoreh. Tidak seperti cendawan tiram kita perlu menunggu sehingga tiga (3) ke empat (4) bulan untuk mendapat keseluruhan hasil tuaian. Anda digalakkan memulakan projek ini dengan maksima 1000 beg sahaja. ia akan menjadi satu latihan kepada anda untuk mengusahakan cendawan ini yang nyata berbeza dengan cendawan jenis lain proses penjagaannya,

Harga cendawan kukur secara runcit adalah antara RM50 dan RM80 sekilogram mengikut lokasi. Sebagai contoh, kami menjual cendawan kukur dengan harga RM70 sekilogram di Pasar Tani. Harga cendawan kukur kering pula mencecah RM200 sekilogram. 

Sempena tahun baru 2018 kami ingin membuka tempahan BEG @ BONGKAH CENDAWAN KUKUR dengan harga istimewa, Tempahan ini adalah untuk penghantaran pada bulan Februari 2018 dan ke atas. Tempahan minima ada 500 beg. Harga biasa beg cendawan kukur adalah RM2.00.. seperti diketahui ramai, harganya memang lebih tinggi sedikit dari harga beg cendawan tiram yang biasanya di bawah RM2.00. Namun sempena promosi ini.... harga yang di tawarkan adalah.....

HARGA BEG/BONGKAH CENDAWAN KUKUR MATANG: RM1.70 SAHAJA!!!
HARGA BEG/BONGKAH CENDAWAN KUKUR MATANG:RM1.70 SAHAJA!!!! 

Proses penjagaan akan diajar sewaktu penghantaran dibuat. Kami akan menghantarnya terus ke rumah anda.

WHATSAPP "Promosi Kukur" ke 0199842114

WHATSAPP "Promosi Kukur" ke 0199842114

WHATSAPP "Promosi Kukur" ke 0199842114

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai promosi ini.....




Comments

Imasidek said…
Saya berminat dengan projek cendawan ni.
Apa langkah yang perlu saya ambil?

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi