Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

Tips: Waktu Terbaik Memulakan Projek Cendawan

Adakah anda berminat memulakan bisnes cendawan? Bisnes tanaman cendawan adalah antara beberapa jenis bisnes yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Sebagaimana kami dahulu, memulakan projek cendawan dengan modal kecil sahaja iaitu lebih kurang RM500 sahaja.

Kenapa ia modal rendah akan diceritakan pada posting akan datang. Dalam posting ini, kami lebih menekankan tentang apakah WAKTU TERBAIK  memulakan projek tanaman cendawan. Dan apa sebab-sebabnya.

1. PILIH PADA BULAN RAMADAN

Kenapa perlu bulan ramadan ataupun bulan puasa? Faktor yang pertama adalah, permintaan cendawan pada bulan puasa adalah 2 kali ganda daripada bulan biasa. Jadi, jika anda bermula pada bulan ini (pastikan pengeluaran pertama 2 minggu sebelum bulan puasa.Kenapa? ada sebabnya), sudah pasti anda dapat menjual cendawan tanpa sebarang masalah.

2. MUSIM TENGKUJUH.

Musim tengkujuh adalah musim di mana pengeluaran cendawan di ladang lebih dari yang biasa. Sememangnya akan berlaku lambakan. Tetapi, mulakan dengan s…

Penghantaran Beg Cendawan ke Utara

Ramai rupanya peminat kulat sisir atau cendawan kukur di kawasan utara tanah air. Bulan lepas, kami telah membuat penghantaran bongkah cendawan kukur di Sungai Petani, Merbok, Taiping, Penang dan Kuala Nerang. Lengkap 3 negeri sebelah utara. Pelanggan dari Perlis pula datang sendiri  ke farm kami di Besut. 
Selain itu kami sempat juga menghantar bongkah ke Cameron Highland iaitu kepada pemilik Royal Berry Puan Tengku Faridah.

Jika ingin membuat tempahan beg cendawan kukur atau kulat sisir, hubungi kami di talian:
 0126221149