Skip to main content

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya.

Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!! 

Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu. 

Pecahan Modal...

Untuk memulakan projek cendawan dengan modal RM2000.00, pihak kami cadangkan pecahan MODAL adalah seperti berikut: 

1. Sertai Kursus Cendawan
- kos RM250.00

Melalui kursus, anda akan belajar serba sedikit tentang tanaman cendawan ini. Gambaran yang lebih jelas boleh diperoleh melalui kursus. Tetapi jika anda tidak menyertai kursus pun tidak mengapa. Kerana anda boleh bermula dengan membeli bongkah cendawan sahaja. 90% pelanggan kami tidak menyertai kursus sebelum memulakan projek cendawan mereka. Biasanya, mereka hanya menyertai kursus apabila berminat untuk membuat bongkah sendiri bukannya membeli bongkah yang sudah siap. 

2. Menyediakan Ruang untuk tanaman cendawan
- kos yang terlibat
: Rak (RM250.00)
: Netting (RM50.00 untuk 10 meter)

Rak dengan harga ini boleh memuatkan 1000 beg. Saiz rak adalah 6 kaki tinggi, 10 kaki panjang dan 2 kaki lebar. Rak ini dicadangkan dibuat secara DIY. Jika anda menggunakan kayu, beli saiz kayu 1x2 sahaja. Dan jika menggunakan besi, dapatkan besi jenis C -Channel dan Batten. Besi ini biasa digunakan untuk membuat atap rumah. Anda hanya perlu potong dan pasang menggunakan skru.

Selain itu besi jenis Hollow juga dengan saiz satu inci juga boleh digunakan untuk membuat rak cendawan. tetapi ia memerlukan anda menggunakan khidmat welder. Pilihan terletak di tangan anda. 

3. Membeli Beg Cendawan Matang
- kos untuk 1000 beg (RM1450.00)

Harga Beg Cendawan matang adalah berbeza mengikut pengeluar. Harga yang kami nyatakan di atas adalah harga yang biasa kami jual sekiranya ada promosi dijalankan. Kebiasaannya harga beg cendawan adalah sebanyak RM1500 untuk 1000 beg. tetapi jika anda membaca artikel ini dan berniat untuk membeli beg cendawan dari kami, itulah harga yang akan kami tawarkan pada bulan ini sehinggalah sebelum bulan puasa nanti. 

JUMLAH BESAR: RM2000.00 (BERKURSUS), RM1750.00 (TANPA KURSUS)


Kenapa perlu membeli BEG CENDAWAN MATANG?

Jualan beg cendawan melibatkan beberapa peringkat iaitu 
i.   Baru suntik, 
ii.  Separa matang dan 
iii. Matang. 

Ketiga-tiga jenis ini adalah jenis yang biasa ditawarkan oleh pengeluar. tetapi anda digalakkan membeli beg cendawan matang supaya risiko kerosakan menjadi lebih rendah.

Beg matang adalah bongkah cendawan yang sudah mencapai tahap mampu mengeluarkan hasil setidak-tidaknya seminggu setelah menerima beg tersebut. Selewatnya adalah 2 minggu. Ini membolehkan anda mendapat hasil yang cepat dan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan balik modal yang telah dikeluarkan. 

Bolehkah saya memulakan dengan modal Kurang dari RM1000.000...?

Boleh... cadangan modal RM2000 di atas adalah merujuk kepada kata-kata pakar perniagaan. Anda boleh memulakan projek ini dengan modal seperti kami dahulu. RM500 pun boleh. Beli beg matang dengan harga RM300 iaitu biasanya dalam kuantiti 100 beg sahaja. Dan sediakan rak dengan modal RM50 sahaja. Jika anda tidak dapat berkursus, beli E-Book Tanaman Cendawan dengan modal RM30 sahaja. Ia boleh dijadikan rujukan untuk projek kecil anda.

SELAMAT MENCUBA!!!







Comments

Anonymous said…
As salam.boleh saya dapatkan contact num utk berhubung.tq
Unknown said…
Assalam boleh saya nak dapatkan contact untuk berhubung atau encik boleh whatapp saya ke nombor 011 269 50636
Unknown said…
Assalam boleh saya nak dapatkan contact untuk berhubung atau encik boleh whatapp saya ke nombor 011 269 50636
Unknown said…
Assalam boleh saya nak dapatkan contact untuk berhubung atau encik boleh whatapp saya ke nombor 011 269 50636
Unknown said…
Assalam boleh saya nak dapatkan contact untuk berhubung atau encik boleh whatapp saya ke nombor 011 269 50636

Popular posts from this blog

KOS YANG TERLIBAT DALAM MENGHASILKAN 7000 BEG CENDAWAN

Mengapa saya memilih 7000 beg cendawan bagi mengira kos? Bukan 100.. bukan 500.. bukan 1000 dan juga bukan 5000?
Ia adalah kerana bagi menghasilkan 7000 beg cendawan, kita memerlukan 1 lori habuk kayu getah dari sebuah lori dengan muatan 3 tan. Bukan 3 tan habuk, tetapi lori 6 tayar dengan BTM adalah 3000 kg. Muatan habuk kayu bagi sebuah lori 3 tan hanya kira-kira 2000 kg sahaja.
Kos yang terlibat adalah seperti berikut  (harga bergantung lokasi) :
1. Habuk kayu getah (1 lori)                            : RM500.00 2. Dedak padi halus ( 200 kg)                          : RM240.00 3. Kapur pertanian  ( 1 guni)                            : RM30.00 4. Air                                                                 : RM10.00 5. VITAL (vitamin untuk cendawan 2 kotak)  : RM120.00 6. Plastik PP saiz 6'x11' (1.5 guni)                    : RM400.00 7. Set Penutup (7000 set)                                  : RM1400.00 8. Gas (12 tong gas)                                          : …

Kursus Intensif Tanaman Cendawan Tiram Kelabu Anjuran Fatisha Agro Farm

Tahukah anda, tanaman cendawan adalah antara salah satu jenis sayur yang boleh dikomersialkan walau hanya sekadar diusahakan di kawasan rumah anda? Inilah peluang untuk anda menambah pendapatan.

 Setelah hampir 8 tahun berpindah ke Terengganu, kini Fatisha Agro Farm akan memulakan semula kursus cendawan secara intensif di Rantau Negeri Sembilan. Kursus akan dijalankan seperti di bawah.




Tarikh Pilihan: 8 Julai/ 15 Julai/ 22 Julai/ 29 Julai 2017

Tempat: AgroYin Mushroom Farm, Rantau, Negeri Sembilan

Yuran Penyertaan: RM300

Masa: 10 am - 5 pm

Sijil, beg @ bongkah cendawan, nota kursus dan makan tengahari disediakan.

Apa anda akan pelajari melalui kursus ini:

1. Cara membuat beg cendawan dari A - Z
2. Mengukus beg cendawan dengan menggunakan SOP yang betul.
3. Menyuntik benih.
4. Menjaga/menguruskan beg cendawan sewaktu proses penuaian hasil.
5. Merekod dan mengira purata hasil.

Whatsapp "KURSUS RANTAU" ke 0126221149

Whatsapp "KURSUS RANTAU" ke 0126221149

Whatsapp &q…

Penghantaran Beg/ Bongkah Cendawan Ke Seluruh Malaysia

Ramai yang menghubungi kami melalui telefon samada call atau mesej dan whatsap yang berminat mendapatkan beg cendawan dari kami. Walaupun lokasi kami nun jauh di Dungun Terengganu, pihak kami membekalkan beg ke seluruh Malaysia. Termasuk ke Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

Jika anda berminat untuk menjadi pengusaha cendawan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan, sila hubungi kami untu dapatkan harga terbaik. Kami bersedia membekal beg cendawan berkualiti dengan jaminan. 
Kami membekalkan 3 jenis cendawan iaitu: 1. Tiram Kelabu 2. Melati 3. Kukur/ Kulat Sisir