Lama betul tak menulis di sini.... Ni posting pertama tahun 2023 sebelum berakhir bulan Januari.... Tahun 2022 mengingatkan saya betapa ia tahun yang penuh cabaran dan dugaan selepas melalui 2 tahun pandemik yang bagi saya amat memberikan kami peluamg untuk meningkat naik. Di saat pada suatu pihak ia adalah satu dugaan, pandemik Covid-19 adalah satu rahmat apabila jualan cendawan kukur meningkat lebih 200% dari biasa.... Tanaman yang rare ini menjadi pilihan di zaman PKP kerana mudah diusahakan di laman rumah. Hanya perlu toreh dan siram sahaja... Tahun 2023 kini ia mula rancak semula. Jika anda berminat untuk mengusahakan cendawan kukur, tahun ini adalah tahun terbaik untuk mengusahakan cendawan kukur ini. Permintaannya semakin tinggi dan kami sendiri kadang2 tak sempat memenuhi permintaan yang ada... Pelbagai menu berasaskan cendawan kukur juga mula dijual di restoran kami iaitu Fatisha Mushroom Kopitiam. Antara menu yang popular adalah cendawan kukur goreng kunyit
Kebelakangan ini ramai yang bertanya tentang mesin tanaman cendawan. Kami ada menjual beberapa jenis mesin iaitu 1. Mesin bagging 2. Mesin Pengukus @ Steamer 3. Mesin Pembancuh @ Mixer Kami menjual dengan harga terbaik dan mengikut kapasiti projek anda. Boleh request saiz yang diperlukan. Untuk nak maklumat lanjut WhatsApp ke 0126221149 Kami sedia membantu anda....