Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

Rancangan Perniagaan (RP)

Sesi sharing pagi semalam untuk program kali ketiga Taklimat RBC 2016 bagi memohon geran sehingga RM2 juta..  Paling saya terkesan kata-kata dari Tuan Abdul Madik... Yang membuat kiasan tentang pentingnya menulis sebarang perancangan atau impian kita....  "Suatu hari kita nak beli kereta Perdana. Kita ke proton sales untuk bayar tempahan. Tapi kereta tak dapat lagi... Yang dapat hanyalah resit tempahan. Mungkin selepas 6 bulan baru dapat kereta.  Keluar dari pusat sales lepas bayar booking, sambil kita drive kete lama kita, di jalan raya kereta apa yang kita nampak? Mesti kereta Perdana kan.." Maksud yang saya dapat....  Setiap impian atau perancangan dalam hidup kita perlu diterjermah dalam bentuk yang boleh kita nampak. Perlu kita tulis. Dan ia sentiasa ada dalam setiap anganan kita. Terbayang di mata walau benda tu tak wujud pun lagi...  Dan tiba-tiba saya teringat kisah saya... 10 tahun yang lepas pada tahun 2006 sewaktu mula-mula nak start projek cendawan, say

Penghantaran Beg/Bongkah Cendawan

Hujung bulan Februari ini kami banyak membuat penghantaran beg cendawan ke Pengusaha kecil di sekitar Pantai Timur iaitu di Kuantan, Marang, dnm juga Dungun. Manakala esok bakal kami hantar ke Utara tanah air iaitu ke Kulim, Kedah.  Biasanya mereka mengambil tempahan sebanyak 800 beg kerana ia adalah minima beg yang kami boleh hantar menggunakan pick up kami. Dengan tempahan sebanyak 800 beg, anda bakal menikmati kos penghantaran percuma. hanya perlu membayar kos beg cendawan sahaja.  jika anda membeli dalam kuantiti yang sedikit, kos penghantaran agak tinggi. Teruatamnya jika melalui pos atau bas.  Tiada minima order untuk sebarang tempahan beg cendawan. Hanya perlu bayar kos penghantaran bagi jumlah di bawah 800 beg.  Jika berminat untuk menempah beg cendawan dengan harga yang menarik ini,   Whatsapp "Beg Cendawan" ke 0126221149  Whatsapp "Beg Cendawan" ke 0126221149  Whatsapp "Beg Cendawan" ke 0126221149

8 Panduan Membeli Beg/Bongkah Cendawan

Apabila anda membeli beg cendawan samaada untuk kegunaan sendiri ataupun untuk memulakan perniagaan, disini saya sertakan panduan agar anda tidak serik untuk menjalankan projek cendawan sebagai satu cabang untuk menambah pendapatan. 1. Pastikan anda bertanya tempoh matang sesuatu beg cendawan itu. Kerana tidak semua beg akan dihantar dalam keadaan matang.  2. Walaupun telah dimaklumkan ianya adalah beg matang, ia tidak bermakna beg itu akan mengeluarkan cendawan secepat yang mungkin.  3. Pastikan anda bertanya mengenai jenis benih yang digunakan. Samada ia benih 30 hari, 45 hari atau 60 hari. Setiap benih menghasilkan cendawan yang berbeza. 4. Tanyakan juga asal benih tersebut. samaada ia keluaran tempatan atau dari negara jiran. 5. Selain itu anda juga boleh bertanya kepada penjual, apakah jaminan yang diberikan atas pembelian beg cendawan yang telah dijual. Belilah dari penjual yang memberi jaminan. ia akan menjamin yang anda pasti tidak akan kecewa apabila beg y

Tanam Cendawan Di Rumah

Alhamdulillah.. Seronok tengok bila pelanggan hantar gambar-gambar cendawan yang beliau tanam di depan rumah je... Beliau beli 100 beg dan hanya gunakan rak baju untuk letak kesemua beg-beg cendawan yang dibeli... Rak ni hanya berharga RM30 sahaja. Pada awalnya gak lambat keluar. Namun setelah mengikut nasihat dari kami, akhirnya cendawan-cendawan tersebut mula membuahkan hasil... Tips Menanam Cendawan Di Rumah 1. Apabila menerima beg cendawan yang dibeli, seeloknya simpan dahulu seminggu ke dua minggu sebelum membukanya kecuali beg tersebut betul-betul matang. 2. Korek beg dan tutup semua beg tersebut dan tunggu sehingga masa seperti tips no 1. 3. Pastikan beg di letak ditempat pengudaraan yang baik dan perlu disiram 3 kali sehari. 4. Jangan terlalu mengharap cendawan akan keluar dalam tempoh yang amat cepat kerana tuaian pertama biasanya menglaurkan hasil agak lambat. 5. Setiap kesabaran itu pasti membuahkan hasil yang pasti mengembirakan hati anda.