Salam..... Selepas sahaja siap pek cendawan tadi, saya membaca majalah Mastika keluaran bulan Disember. Ia adalah keluaran terbaru. Saya bukan pembaca setia mastika, tetapi saya membacanya kerana staf saya membawanya tadi. Ia kepunyaan pekerja ladang kami. Saya hanya membelek-belek beberapa topik yang menarik. Tak semua saya membacanya. Tiba-tiba saya terpandang satu keping gambar yang saya cam sangat-sangat. Ia menunjukkan kaki seseorang yang berdarah. Dan ia sebenarnya adalah KAKI SAYA!!!! (Sila rujuk muka surat 121). Bagaimana gambar ini boleh berada di dalam majalah ni, bagi pembaca yang bijak pandai akan tahu lah etika majalah-majalah seperti ini. Tetapi isunya mengapa pihak penerbit tidak minta sebarang kebenaran dari pihak saya untuk menyiarkan gambar berkenaan? Bukan sekali perkara seperti ini terjadi sebenarnya. Pada saya sudah banyak kali juga orang mengambil sumber-sumber gambar dari sini dan menyiarkannya di blog mereka tanpa meminta kebenaran walau sepatah kata. Bagi oran...
Segalanya tentang Cendawan - Pengeluar Benih, Bongkah Cendawan Tiram Kelabu, Cendawan Kukur @ Kulat Sisir, Cendawan Melati ,Pembekal Bahan Mentah dan Mesin Cendawan, Kursus Cendawan, Produk Cendawan.