Salam ramadan buat semua.... Lamanya tidak menulis di sini. Agak sibuk menguruskan farm. Alhamdulillah pengeluaran cendawan di FAF agak baik di awal Ramadan. Paling tinggi setakat ini hampir mencecah 70 kg. Permintaan di bulan ramadan memang tinggi dari biasa. Ini disebab akan oleh surirumah lebih banyak memasak berbanding membeli makanan diluar. Inilah kata-kata pekedai yang membeli cendawan dari kami. Bulan ni kami berjaya memenuhkan bangsal ke 4 kami. Jadi jumlah beg yang kami ada sekarang hampir 60,000 beg. Semua bangsal telah penuh buat masa ini. Bangsal pertama kami pula sudah mencecah tuaian terakhir. Seminggu selepas raya kami bercadang mengosongkannya bagi memasukkan beg-beg yang baru pula. Tapi selepas raya ni bangsal ke 4 juga bakal kosong semula disebabkan kami mendapat tempahan beg hampir 20,000 beg untuk bulan depan sahaja. Maknanya kerja-kerja bagging memang tak pernah selesai lah di ladang kami sekarang. Ini adalah bulan Ramadan ketiga sejak saya bergelar pengusaha cend...
Segalanya tentang Cendawan - Pengeluar Benih, Bongkah Cendawan Tiram Kelabu, Cendawan Kukur @ Kulat Sisir, Cendawan Melati ,Pembekal Bahan Mentah dan Mesin Cendawan, Kursus Cendawan, Produk Cendawan.